Kembara Kenali Borneo akhiri jelajah di Sabah pada hari kelima

7 Sep 2023 • 9:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah Sempena Kembara Kenali Borneo di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada malam Rabu. - Foto Facebook Istana Negara

PENAMPANG - Kembara Kenali Borneo yang memasuki hari kelima merupakan hari terakhir konvoi berkenaan menjelajah Sabah sebelum bergerak ke Sarawak dijadualkan petang ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadual berangkat pada Majlis Santapan Pagi Bersama Rakyat dan melawat Persatuan Kebudayaan Kadazadusun (KDCA) di sini.

Seri Paduka berdua kemudian dijadual meneruskan perjalanan ke Masjid Sahabat di Sindumum, Sipitang untuk Majlis Santapan Tengah Hari Bersama Rakyat, sebelum berangkat melintasi sempadan Sabah-Sarawak.

Pasangan Diraja dan konvoi itu dijadual berangkat ke Lawas Waterfront di Lawas, Sarawak sebelum bergerak ke Brunei mengakhiri hari kelima kembara berkenaan hari ini.

Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 September bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved