“Kembarnya Pun Takut” – Anak Autisme Zarina Zainuddin Mengamuk Ketika Sambut Hari Lahir

Entertainment
14 Jun 2023 • 12:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Umum mengetahui pelakon tempatan, Zarina Zainuddin mempunyai dua orang anak-anak istimewa autisme.

Terbaru, Zarina telah berkongsi satu video memaparkan situasi anak-anaknya, Azal dan Azil yang ‘mengamuk’ ketika menyambut hari lahir mereka.

Anak-anak Zarina

Dalam video tersebut, Azal dilihat sedang menyuap sepotong kek kepada kembarnya, Azil sebelum Azil ‘mengamuk’ secara tiba-tiba.

Terkejut dengan sikap abangnya, Azal secara tidak sengaja meninggikan suara memarahi Azil membuatkan suasana bertukar menjadi kacau bilau.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berasa kagum dan memberikan kata-kata semangat buat Zarina bagi menempuh dugaan dihadapinya.

image is not available

image is not available

Semoga yang baik-baik sahaja buat pasangan kembar ini dan selamat hari lahir Oh! Media ucapkan.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article