Kemboja lapor 4 kes baharu varian JN.1

29 Dec 2023 • 6:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PHNOM PENH: Kemboja mengesan empat kes pertama membabitkan varian baharu Covid-19 JN.1 yang berkait rapat dengan varian BA.2.86, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

“Keputusan yang diperoleh daripada Institut Pasteur di Kemboja pada 28 Dis mengesahkan empat orang didapati positif Covid-19 varian JN.1

“Kesemua pesakit telah menerima rawatan dan telah pulih tetapi mereka masih perlu menjalani kuarantin di rumah masing-masing,” Xinhua memetik kenyataan kementerian itu pada Khamis.

Varian Covid-19 JN.1 telah diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai “varian mempunyai kepentingan” bukan “varian yang membimbangkan”.

Varian JN.1 pertama kali dikesan di Amerika Syarikat pada September dan dianggap “berisiko rendah” untuk kesihatan awam, menurut WHO. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved