Kemelut rumah tangga ternoktah, Diana Danielle, Farid Kamil berpisah talak satu, lafaz cerai melalui Google Meet

Entertainment
10 Aug 2023 • 4:23 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON Farid Kamil hari ini sah bercerai dengan isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle Danny Beeson di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari.

Farid yang tidak hadir di mahkamah ekoran masalah kesihatan akibat pasca Covid-19 melafazkan cerai talak satu terhadap Diana secara dalam talian (Google Meet) di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof.

Diana yang ditemui media sebelum prosiding kelihatan tenang. Ibu kepada dua cahaya mata itu menzahirkan sedia menerima apa sahaja keputusan.

image is not available

Beliau hadir bersama peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Baru-baru ini, Diana memberitahu mahu pengakhiran yang baik dan akan mengekalkan hubungan baik dengan Farid sekiranya mereka berpisah demi anak-anak serta silaturahim.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan terbabit mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai pada 10 Mac.

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 di Flamingo By The Lake, Ampang.

11 tahun berumah tangga, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!