Kemenangan ketujuh berturut-turut untuk MR D.I.Y. di World Branding Awards

18 Dec 2024 • 1:49 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Kemenangan ketujuh berturut-turut untuk MR D.I.Y. di World Branding Awards
MR D.I.Y. memenangi World Branding Awards untuk tahun ketujuh berturut-turut

Peruncit perkakas rumah serantau, Kumpulan MR D.I.Y., sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai peneraju dengan merangkul kemenangan ketujuh berturut-turut di World Branding Awards (WBA).

Dalam edisi ke-17 anugerah tersebut yang dianjurkan oleh World Branding Forum, MR D.I.Y. telah dinobatkan sebagai "Jenama Peruncit Perkakas Rumah Terbaik" dalam Kategori Anugerah Serantau, meraikan kejayaannya di empat pasaran: Malaysia, Thailand, Indonesia, dan Filipina. Sebelum ini, MR D.I.Y. telah menerima tiga Anugerah Kebangsaan dalam kategori Perkakas Rumah dari tahun 2018 hingga 2020, diikuti oleh Anugerah Serantau dalam kategori yang sama dari tahun 2021 hingga 2023.

Image from: Kemenangan ketujuh berturut-turut untuk MR D.I.Y. di World Branding Awards
Alex Goh, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. (kiri) menerima Brand of the Year Award daripada Pengerusi World Branding Forum, Richard Rowles (kanan), di Tower of London, United Kingdom.

Menyambut kemenangan tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Kami sangat gembira dapat memenangi World Branding Award untuk tahun ketujuh berturut-turut. Kami adalah syarikat dan pasukan yang komited untuk memberikan nilai yang terbaik, perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, dan pengalaman membeli-belah yang menarik, sambil mencipta impak yang positif kepada komuniti di mana kami beroperasi. Anugerah yang mengiktiraf usaha kami di empat pasaran utama Asia Tenggara ini membuktikan bahawa kami sentiasa memenuhi komitmen ini dan mengesahkan janji 'Always Low Prices,' yang terus memenangi hati para pelanggan kami."

Goh turut mengucapkan tahniah kepada para penerima anugerah lain dan menyatakan bahawa adalah satu penghormatan bagi MR D.I.Y. untuk menerima pengiktirafan tersebut bersama mereka. Beliau menambah: “Pencapaian ini tidak mungkin tercapai tanpa dedikasi kakitangan kami, rakan kongsi, dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para pelanggan kami di seluruh rantau ini, yang telah menjadikan kami peruncit kegemaran mereka. Anugerah seperti ini mengingatkan kami bahawa usaha kami benar-benar menghasilkan impak.”

MR D.I.Y. memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 2005 sebagai sebuah kedai perkakas tradisional. Dengan lebih daripada 4,000 cawangan di seluruh rantau ini, jenama ini disokong oleh kakitangan dari Malaysia, Thailand, Brunei, Indonesia, Singapura, Filipina, Kemboja, India, Turki, Sepanyol, Vietnam, Bangladesh, dan Poland.

Edisi ke-17 World Branding Awards, yang dianjurkan oleh World Branding Forum, telah berlangsung di Tower of London, United Kingdom, pada 26 November 2024. Edisi 2024-2025 menyaksikan penyertaan daripada 1.3 juta pengguna dan 4,450 jenama dari 66 negara merentasi tujuh rantau, menjadikannya penanda aras global untuk kecemerlangan jenama. Anugerah Serantau diberikan kepada jenama yang memegang kedudukan peneraju di beberapa negara dalam sesebuah rantau geografi.

Pemenang dipilih melalui penilaian jenama, kajian pasaran pengguna, dan undian awam secara dalam talian. MR D.I.Y. berkongsi penghormatan ini bersama jenama terkemuka lain seperti Farm Fresh, Spritzer, Munchy’s, Getha, Rotiboy, PETRONAS, and Putrajaya Holdings.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y. dan saluran media sosialnya di Facebook and Instagram.