Kementerian berkaitan tenaga boleh baharu telah ditukar nama kepada PETRA

LocalPolitics
8 Feb 2024 • 5:52 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kerajaan mengumumkan pertukaran nama bagi satu kementerian yang tak sampai 3 bulan ditubuhkan. Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA) telah ditukar namanya kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

image is not available

Menteri yang menerajuinya masih sama iaitu YAB Menteri Dato' Sri Haji Fadhillah bin Haji Yusof yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri. Beliau akan dibantu oleh seorang timbalan menteri iaitu YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

image is not available

Untuk pengetahuan anda, PETRA adalah pecahan kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim yang diterajui oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad. Betapa barunya PETRA ini sehinggakan laman rasmi pun masih belum ada. Buat masa ini, hebahan berita dilakukan mereka menerusi platform media sosial seperti Facebook. PETRA ditubuhkan dalam bulan Disember 2023 sewaktu rombakan kabinet yang dijalankan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Antara jabatan kerajaan yang berada di bawah PETRA adalah seperti:

  • Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP)
  • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
  • Sustainable Energy Development Authority (SEDA)

SEDA adalah pihak yang bertanggungjawab merealisasikan sasaran penggunaan 31% tenaga boleh baharu oleh negara menjelang tahun 2025. Antara sasaran lain yang perlu dicapai adalah seperti pengurangan jejak karbon sebanyak 45% dalam tahun 2030 berbanding 2005. Semua ini terkandung dalam dokumen Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER).