Kementerian Digital pantau, ambil langkah tangani isu gangguan IT

19 Jul 2024 • 11:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Kementerian Digital sedang memantau rapat situasi berkaitan gangguan perkhidmatan sistem teknologi maklumat (IT) di seluruh dunia hari ini, yang dilaporkan menjejaskan banyak syarikat penerbangan, perniagaan dan organisasi.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata kementerian itu telah menerima beberapa laporan gangguan dan kini dalam proses pembaikan.

“Segala langkah sedang diambil bagi menangani masalah ini dan menyelesaikannya dengan kadar segera,” katanya menerusi hantaran dalam media sosial X hari ini.

Terdahulu, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) ​​dalam kenyataan turut memaklumkan gangguan yang menjejaskan pengguna Microsoft di seluruh dunia termasuk Malaysia itu telah memberi kesan kepada pelbagai sektor kritikal seperti saluran televisyen, lapangan terbang dan bank.

Terdahulu, media melaporkan bahawa institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara terjejas akibat gangguan siber itu.

Gangguan IT terbabit dikaitkan dengan firma keselamatan siber global Crowdstrike. CrowdStrike Holdings Inc ialah sebuah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika yang berpangkalan di Austin, Texas, yang menyediakan beban kerja penembusan dan keselamatan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan serangan siber.

-BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved