Kementerian Ekonomi akan lancar Pelan Hala Tuju Gas Asli tahun ini

LocalBusiness & Finance
13 Feb 2025 • 12:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Datuk Seri Rafizi Ramli. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan, kata Menterinya, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Beliau berkata, ini juga seiring dengan hasrat kerajaan untuk merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi menerusi pelan hala tuju itu.

"Kita mahu mengetengahkan pendirian kerajaan mengenai isu-isu kawal selia utama, memaparkan bagaimana halangan ini akan ditangani selain menggariskan peluang dalam membina infrastruktur gas yang teguh dan menjamin bekalan jangka panjang Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) di sini pada Khamis.

Sambil menyifatkan dorongan sedemikian sebagai penting, Rafizi berkata, ini terutamanya apabila mengambil kira aspek geopolitik tenaga selain keadaan pasaran gas global yang lebih berpecah berbanding minyak mentah. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved