Kementerian Kerja Raya teliti semula kontrak MLFF, hanya syarikat konsesi lebuh raya boleh laksana kutipan tol

LocalPolitics
7 Dec 2023 • 10:58 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kementerian Kerja Raya teliti semula kontrak MLFF, hanya syarikat konsesi lebuh raya boleh laksana kutipan tol

zulfadli

07/12/2023 - 10:58

KUALA LUMPUR 7 Dis - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tiada syarikat mempunyai kelulusan untuk menguruskan sistem tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF).

Beliau berkata, kementeriannya dalam proses meneliti semula kontrak yang dianugerahkan pada 2021, sambil menambah bahawa kelulusan hanya diberikan supaya pihak terbabit boleh memulakan proses rundingan.

"Saya tidak menafikan kerajaan pada 2021 telah meluluskan pada dasarnya untuk melaksanakan MLFF, tetapi kelulusan adalah supaya mereka yang terlibat boleh memulakan proses rundingan.

"Perancangan dan kelulusan awal telah pun dimulakan, tetapi sebagai menteri kerja raya, saya rasa perlu untuk meneliti semula perkara itu dan menjalankan lebih banyak penyelidikan mengenainya, terutamanya apabila ia menyentuh aspek undang-undang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nanta berkata buat masa ini, syarikat konsesi lebuh raya masih satu-satunya yang dibenarkan mengutip tol mengikut perjanjian konsesi, lapor Malay Mail.

image is not available
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Dalam laporan dua hari lalu, syarikat konsesi lebuh raya mendakwa bahawa kerajaan telah menandatangani "perjanjian pelantikan" yang dikaitkan dengan YTL Corporation Berhad pada 17 November untuk menganugerahkan projek bernilai RM3.46 bilion tanpa rundingan dengan syarikat konsesi yang akhirnya akan membayar bil. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved