
SIPITANG: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa menaiktaraf Klinik Kesihatan Mendulong dengan segara.
Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) merangkap Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Mendulong, Pius Ganang berkata klinik yang dibina lebih 10 tahun itu kini tidak mampu menampung kehadiran orang ramai yang memerlukan pemeriksaan kesihatan sehingga menyebabkan kesesakan.
“Ada kalangan penduduk terpaksa mendaftar diri mereka di luar klinik dan menunggu giliran mereka dipanggil,” katanya.
Tambahnya, masa menunggu yang terlalu lama dengan keadaan sesak menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak dan warga emas, berasa rimas.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Klinik Kesihatan Mendulong memberi perkhidmatan kepada penduduk 14 kampung termasuk Kg Mendulong, Kg Bamban, Kg Kuala Muaya, Kg Muaya Baru dan Lembaga Industri Getah Mendulong.
Selain itu, Kg Kebawang, Kg Kelangsat, Kg Sungai Iteh, Kg Pengerawan, Kg Solob, Kg Tunas Baru, Kg Pekiak, Kg Ganui, Kg Ulu bole dan Kg Nagopon Enterprese.
“Kita boleh bayangkan berapa ramai penduduk yang harus dijaga oleh klinik ini setiap hari,” katanya, menambah itu tidak termasuk jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan segera.
Pius juga mempersoal kenapa penaiktarafan klinik tidak dilakukan secara keseluruhan, memandangkan beberapa klinik termasuk Klinik Kesihatan Padas Damit, Weston dan Kg Lingkungan telah pun dinaik taraf.
“Diharap Kerajaan tidak akan menangguhkan pembinaan klinik kesihatan di kawasan lebih luas demi kepentingan penduduk 14 kampung,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
