
TAWAU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan komited membantu rakyat yang berminat menceburi bidang perniagaan agro tani sambil meringankan beban rakyat menerusi inisiatif seperti program jualan Agro Madani.
Program seluruh negara yang dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) itu mensasarkan untuk membantu rakyat daripada dibebani kos hidup yang tinggi sambil menyediakan platform untuk usahawan meningkatkan pendapatan mereka.
Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin berkata Fama menyasarkan jualan sebanyak RM10.8 juta di seluruh negara.
