
Isu kandungan digital berunsur scam atau penipuan dilihat semakin meningkat dari tahun ke tahun, dengan kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia dilihat senantiasa perlu meminta pelbagai platform media sosial dan atas talian untuk memadamkan kandungan tersebut daripada mendatangkan mudarat kepada rakyat Malaysia.
Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi hari ini telah mengumumkan di acara Perhimpunan Agung Persekutuan Wartawan SEA bahawa sebanyak 43,618 kandungan berunsur scam atau penipuan telah dipadamkan sepanjang 2026 setakat ini.
Beliau juga membandingkan penurunan kandungan scam dari 2023 sehingga sekarang, dan jumlah peningkatan pembuangan kandungan dilihat meningkat dari 6297 pada tahun 2023, 63,652 pada tahun 2024 dan 98,503 pada tahun 2025.
Sejak 2023 sehingga setakat ini, pihak SKMM dilaporkan telah membuat permohonan untuk memadamkan 255,931 kandungan scam daripada pelbagai platform media sosial, yang mana sebanyak 212,070 kandungan telah dipadamkan.
Beliau mengatakan lagi bahawa hari ini, kandungan scam tidak lagi boleh dipandang sebagai satu ancaman, tetapi cabaran global yang perlu ditangani bersama-sama oleh semua negara di seluruh dunia.
Untuk ini, beliau mengatakan bahawa Malaysia komited dalam memperkukuhkan kerjasama serantau untuk menangani isu scam dan maklumat palsu. Untuk ini, piawaian yang lebih jelas dalam penggunaan kecerdasan buatan dalam kandungan media dijangka akan diperkenalkan kelak.
