
SANDAKAN: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) mengagihkan 1,000 beg guna semula untuk kegunaan orang awam di sini dan di daerah Kinabatangan semasa Majlis Makan Malam dan Sesi Dialog Lembaga Pelancongan Sabah (STB) bersama Industri Pelancongan Sandakan yang diadakan di Hotel Sabah.
Sebanyak 500 beg masing-masing diserahkan oleh Menteri KePKAS, Datuk Seri Christina Liew kepada Timbalan Presiden 1 Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Wilson @ Terence Thomas dan Penolong Pegawai Daerah Kinabatangan (Pembangunan), Mohammad Halidun Salleh, dengan disaksikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Josie Lai.
AdvertisementLiew berkata, inisiatif yang dijalankan oleh KePKAS dengan kerjasama agensinya, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS), adalah sebahagian daripada usaha Kementerian untuk menyokong langkah Kerajaan dalam mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.
“Kempen ini bertujuan menggalakkan orang ramai untuk mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna di Sabah serta mempromosikan penggunaan beg guna semula ketika membeli-belah.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Ia adalah salah satu usaha Kerajaan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh penggunaan dan pembuangan plastik sekali guna,” jelasnya.
Sementara itu, dalam pembentangannya semasa Majlis Makan Malam dan Sesi Dialog, Pengurus Kanan Pemasaran STB, Josephine Chai, mendedahkan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok merupakan destinasi pelancongan paling banyak dikunjungi oleh pelawat tempatan dan pelancong dalam tempoh pasca pandemik sehingga 2024.
Advertisement“Daripada 89,471 pelawat pada 2022, jumlah tersebut meningkat kepada 134,958 pada tahun berikutnya (2023) dan seterusnya kepada 136,225 tahun lalu,” katanya. Ini diikuti oleh Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo yang mencatatkan 78,963 pelawat pada tahun 2024 berbanding 75,220 pelawat pada tahun sebelumnya, menurut Chai.
Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap 1 KePKAS, Mary Malangking; Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim; Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar; Pengerusi Responsible Elephant Conservation Trust (Respect), Alexander Yee Kok Tsen; dan Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan, Teo Chee Kim.




