
BELURAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sabah menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan minyak diesel bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah stor tidak bernombor di Kampung Iran, di sini, Sabtu lepas.
Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas, berkata hasil serbuan yang dilakukan sekitar jam 2.33 petang itu menemui 15,000 liter minyak diesel di dalam lori tangki dan tong dram yang dipercayai untuk dijual kepada pihak industri beserta alat-alat yang disyaki digunakan untuk menyeleweng iaitu dua buah lori, pam elektronik dan hos.
“Rampasan dan nilai sitaan keseluruhan itu dianggarkan berjumlah RM159,500,” katanya.
