Kementerian Perumahan Antara Agensi Paling Banyak Terima ‘Complaint’ Dari Warga Sarawak

8 Mar 2023 • 1:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kementerian Kesihatan Awam, dan Kerajaan Tempatan turut terkena tempias

Kementerian Perumahan Antara Agensi Paling Banyak Terima ‘Complaint’ Dari Warga Sarawak. Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) merupakan kementerian yang mempunyai visi yang jelas, dalam masa yang sama menerima aduan paling banyak daripada orang ramai.

Menterinya Dato Sri Dr Sim Kui Nan berkata MPHLG memikul tanggungjawab besar kerana ia menyelia dan memantau tiga agensi dan 24 pihak berkuasa tempatan.

image is not available
Kementerian Perumahan Antara Agensi Paling Banyak Terima ‘Complaint’ Dari Warga Sarawak. Kredit: Dayak Daily

Paling banyak terima aduan?

Tiga agensi utama itu ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Perkhidmatan Kumbahan Sarawak (SDD) dan Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC).

“Agensi kami berada di barisan hadapan dan malangnya mempunyai jumlah aduan paling banyak, tetapi tidak dengan jumlah wang yang paling banyak.

image is not available
perbezaan harga rumah di Sarawak dan Semenanjung

“Ini adalah kementerian yang mempunyai visi yang jelas,” kata Dr Sim ketika merasmikan Hari Integriti MPHLG yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Sementara itu, menyentuh proses tender terbuka untuk projek pembangunan di Sarawak, Dr Sim berkata ada yang menyalahgunakan sistem itu.

image is not available

Beliau berkata syarikat yang tidak bertanggungjawab membida projek dengan kos yang sangat rendah supaya mereka boleh mendapat keuntungan apabila menjual semula projek itu kepada subkontraktor.

“Jadi, kita perlu orang ramai faham bahawa kadangkala, kita mahu setelus mungkin, tetapi orang menyalahgunakan proses tender terbuka,” katanya.

Antara yang turut hadir ialah timbalan menteri MPHLG Dato Pengguang Manggil dan Michael Tiang serta timbalan setiausaha tetap Elizabeth Lo.

Baca lagi artikel berkaitan: