Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi fokus perkasa BI dan AI tahun ini

LocalTechnology
12 Feb 2025 • 2:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

Kota Kinabalu: Pemerkasaan bidang Bahasa Inggeris (BI) dan Kecerdasan Buatan (AI) menjadi antara fokus Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) tahun ini.

Menterinya, Datuk Dr. Ariffin Arif berkata, pembangunan kedua-dua bidang itu akan melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah termasuk mahasiswa pengajian tinggi.

AdvertisementKatanya, pihaknya akan mendapatkan nasihat pakar dalam kedua-dua bidang bagi mewujudkan satu pelan strategik yang memenuhi keperluan di Sabah.

“Bagi BI, saya akan mengundang tokoh-tokoh BI hujung bulan ini untuk dapatkan nasihat, termasuk tenaga pakar dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Tidak ketinggalan pakar dari Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) dan Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) bagi mendapatkan input untuk memperkasa BI berdasarkan acuan Sabah.

“Perincian mengenainya akan saya dapatkan sebaik semua usaha yang dinyatakan tadi, selesai,” katanya ketika ditemui di Majlis Amanat Menteri KSTI, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Selasa.

AdvertisementHadir sama Pembantu Menteri KSTI, Datuk Harun Durabi; Setiausaha Tetap KSTI, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim; Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Timbalan Yang Di Pertua Muis, Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

Dalam perkembangan sama, Ariffin yang juga Exco Pendidikan memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan kumpulan pakar dari UMS bagi pembangunan bidang AI di Sabah.

AdvertisementKatanya, pihaknya komited mahu menjadikan wilayah ini sebagai Pusat AI kerana Sabah mempunyai potensi besar dari segi pelaksanaan sekaligus mampu memperkasa bidang tersebut.

“Saya sudah mendapat taklimat daripada kumpulan pakar pembangunan AI dari UMS yang sebelum ini, khidmat kepakaran mereka turut dilaksanakan di beberapa negeri lain.

“Hasil pembentangannya, kita akan fokus aspek keistimewaan Sabah seperti produk-produk, alam semulajadi, budaya dan sebagainya untuk menjadi antara landasan kita memperkasa AI.

“Untuk peringkat awal ini, kita akan adakan Pemeteraian Persefahaman (MoU) dengan UMS dan selepas itu, kita akan wujudkan (jawatan kuasa) Majlis AI Negeri Sabah,” katanya.

Selain BI dan AI katanya, bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga akan diperkasa tahun ini.

Terdahulu, Ariffin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada wartawan daripada beberapa agensi media di atas komitmen mengangkat peranan KSTI dalam pembangunan modal insan di negeri ini

Pada majlis sama, beliau juga menyampaikan bantuan Bisbah kepada 628 buah sekolah dan masing-masing bantuan Bagus serta Suskes kepada 1,500 sekolah termasuk bantuan Baik kepada mahasiswa.