
Kota Kinabalu: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) menyasarkan lebih 30 peratus kadar penglibatan pelajar di dalam bidang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada tahun depan.
Menterinya, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, ia penting sebagai persediaan menyediakan modal insan berkemahiran tinggi di Sabah dalam bidang STEM untuk memenuhi keperluan pekerjaan di masa depan.
“Kadar penglibatan pelajar di dalam bidang STEM terutamanya sains tulen di Sabah semakin menurun, dan tahun ini, jumlah pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang STEM hanya 27 peratus.
“Ia masih jauh daripada sasaran kita 60:40 (60 peratus Aliran Sains dan 40 peratus Aliran Sastera) berbanding di Semenanjung,” katanya selepas merasmikan Karnival STEM di Maktab Sabah, di sini, Selasa.
SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more Sebanyak 77 penyertaan kumpulan pelajar sebahagiannya daripada pelajar setempat di karnival itu yang turut disertai pelajar sekolah menengah dari Indonesia dan Singapura.
Ariffin yang juga Exco Pendidikan Negeri Sabah berkata, KSTI tahun ini telah menyalurkan RM250,000 kepada semua daerah bagi menjayakan Fiesta STEM dan program seumpamanya.
Selain itu, katanya, usaha yang disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) itu juga bertujuan meningkatkan penyertaan pelajar, khususnya dari peringkat prasekolah dalam bidang berkenaan.
“Inisiatif ini salah satu usaha kita bagi meningkatkan jumlah penyertaan murid dalam bidang pendidikan aliran STEM (Enrolmen STEM) selaras dengan Pelan Strategik Sabah Maju Jaya dan Pelan Strategik Sepakat Sabah Hebat.
Dalam perkembangan lain, Ariffin memaklumkan Muzium Teknologi Guangxi, China akan menempatkan kira-kira 60 bahan pameran sains bergerak di Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) selama tiga tahun bermula September depan.
Beliau berkata, ia adalah hasil Memorandum Persefahaman (MoU) antara KSTI dan Muzium Teknologi Guangxi, China yang dimeterai baru-baru ini, sekali gus menyokong usaha memperkasa bidang STEM di Sabah.
Tambahnya, KSTI juga telah membina Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Perpustakaan Keningau dengan kos RM3 juta yang dilengkapi pengisian teknologi terkini berasaskan Sains, Matematik, Fizik, Biologi dan Kimia.
“KSTI juga telah berjaya mendapatkan persetujuan membina Pusat STI masing-masing satu di Tawau dan Sandakan dengan jumlah nilai lebih RM10.2 juta (RM5.1 juta setiap satu) daripada Petronas.
“Pada masa sama turut merancang pelaksanaan satu lagi projek berimpak tinggi iaitu pembinaan Pusat Sains Sabah di Kota Kinabalu yang objektifnya untuk memperkasa bidang STEM dalam kalangan anak-anak Sabah,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


