Kemerdekaan sebenar hanya jika rasuah, penyeludupan & kartel dihapuskan – PM Anwar

LocalPolitics
30 Aug 2025 • 2:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kemerdekaan sebenar Malaysia hanya boleh dicapai apabila negara membebaskan dirinya daripada rasuah, penyeludupan dan kartel yang sekian lama melemahkan negara.

“Adakah kita berjaya menghentikan sepenuhnya perbuatan salah ini?
“Tidak, ia masih wujud. Itulah sebabnya semangat kemerdekaan bermaksud mempertahankan dan membebaskan negara ini daripada rasuah, penyeludupan dan segala kegiatan haram,” kata beliau dalam Perutusan Khas Hari Kebangsaan.

image is not available

Kemerdekaan sebenar hanya jika rasuah…

Tegas beliau, kekuatan negara terletak pada rakyatnya yang mesti menolak amalan rasuah, sambil berkata kerajaan bertekad untuk terus membongkar monopoli dan memerangi kumpulan yang mengeksploitasi rakyat.

“Setiap mesyuarat Kabinet, tiada isu yang tidak dibincangkan. Sama ada pendidikan, kos sara hidup, dadah, atau pun harga ayam, semua perkara ini dibahaskan dengan teliti.

image is not available

image is not available

Kita telah meruntuhkan benteng kartel dan terus memerangi mereka yang menggunakan cara haram dan khianat untuk merosakkan negara ini.
“Kita tidak akan berputus asa,” katanya lagi.

Beliau turut memuji rakyat Malaysia yang terus menunjukkan kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran perpaduan negara.

“Saya ulang, carilah negara lain yang sekuat dan sehebat Malaysia. Saya tabik kepada rakyat Malaysia, wira sebenar semangat ini,”ujar beliau.

Sumber: FB Anwar Ibrahim