Kemeriahan Majlis Raptai Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 Di Dataran Putrajaya

26 Aug 2023 • 3:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Aksi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sempat dirakamkan ketika raptai Hari Kebangsaan Ke-66 di Dataran Putrajaya hari ini. gambar Syadila Amari

Tepat jam 12 malam, pada 31 Ogos ini, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan Ke-66.  Majlis sambutan pada tahun ini sekali lagi akan diadakan di Dataran Putrajaya, selepas kali terakhir berlangsung di lokasi sama pada 2019.

Dengan jangkaan lebih 100,000 pengunjung akan hadir bagi memeriahkannya, Perbadanan Putrajaya menyediakan pelbagai kemudahan termasuk 50 bas ulang-alik percuma, lebih 7,500 tempat meletak kenderaan, 100 tandas awam dan tandas bergerak serta 15 unit khemah pasukan perubatan bagi keselamatan, kemudahan dan keselesaan pengunjung.

Sebanyak 10 komponen kontinjen akan menyertai acara perbarisan dan perarakan iaitu Kenegaraan, Perpaduan Malaysia MADANI, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif, Komuniti, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara, membabitkan kira-kira 17,000 peserta.

Tema sambutan Hari Kebangsaan 2023 adalah 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan', manakala Malaysia MADANI diangkat sebagai logo rasmi.

Jurugambar kami, Nooreeza Hashim dan Syadila Amari membidik lensa masing-masing bagi berkongsi kemeriahan raptai Hari Kebangsaan Ke-66 yang berlangsung di Dataran Putrajaya, Putrajaya hari ini.

image is not available
Pasukan kadet polis turut menyertai sambutan Hari Kebangsaan Ke-66. gambar Syadila Amari

image is not available
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut meninjau raptai Hari Kebangsaan Ke-66 di Dataran Putrajaya hari ini. gambar Nooreeza Hashim

image is not available
Antara kontinjen yang menjayakan raptai Hari Kebangsaan Ke-66 di Dataran Putrajaya hari ini. gambar Nooreeza Hashim

image is not available
Salah satu kontinjen yang menyertai raptai Hari Kebangsaan Ke-66 di Dataran Putrajaya hari ini. gambar Nooreeza Hashim

image is not available
Sebahagian kontinjen yang memeriahkan raptai Hari Kebangsaan Ke-66 di Dataran Putrajaya hari ini. gambar Nooreeza Hashim

image is not available
Antara kontinjen yang turut serta dalam raptai Hari Kebangsaan Ke-66 di Dataran Putrajaya hari ini. gambar Syadila Amari

image is not available
Raptai Hari Kebangsaan Ke-66 di Dataran Putrajaya hari ini turut disertai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. gambar Syadila Amari

image is not available
Angkatan Tentera Malaysia menyertai Kontinjen Keselamatan Negara pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Dataran Putrajaya. gambar Nooreeza Hashim

image is not available
Pasukan gendang turut memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Dataran Putrajaya. gambar Nooreeza Hashim