
Kota Kinabalu: Bagi menggelorakan semangat sambutan Bulan Kebangsaan, Kementerian Komunikasi Malaysia memperkenalkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG).
Penolong Pengarah (Kempen) Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah Edi Rizam Kassim berkata, inisiatif tersebut diperkenalkan sebagai usaha untuk memeriahkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
Katanya, inisiatif tersebut juga dilaksanakan di peringkat negeri dengan tujuan yang sama iaitu mengajak rakyat untuk sama-sama mengibarkan bendera kebangsaan dan negeri tidak hanya di rumah masing-masing, tetapi juga di tempat-tempat awam.
“JaPen Sabah menyeru masyarakat agar bersama memainkan peranan kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan cintakan negara, dengan mengibarkan Jalur Gemilang serta Bendera Negeri Sabah dengan sempurna.
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more “Dipohon agar setiap bendera yang dikibarkan berkeadaan sempurna, iaitu tidak koyak, tidak uzur dan tidak lusuh,” ujarnya pada sesi temubual segmen ‘Morning Kinabalu’ di konti Kupi-Kupi FM kendalian DJ Niz dan Felix, Rabu.
Jelasnya, sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, pelbagai aktiviti telah dirancang termasuklah JaPen Sabah antaranya Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Perkarangan Bangunan DBKK pada 1 Ogos ini.
“Turut diadakan adalah Program Merdeka @ Komuniti Peringkat Parlimen dan Peringkat DUN yang akan berlangsung di seluruh negeri mulai 1 Ogos sehingga 16 September.
“Program Pentarama X Kelab Malaysiaku, Karnival Kita Madani Negeri Sabah pada 8 hingga 10 Ogos di Membakut dan Simfoni Jiwa Merdeka di daerah Kalabakan pada 16 Ogos.
“Selain JaPen, Jabatan Penyiaran melalui RTM, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) turut bersama mengimarahkan Sambutan Bulan Kebangsaan melalui program masing-masing,” katanya.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen Sabah, Dr. Diana Dominic dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keurusetiaan JaPen Sabah Siti Mariam Aziz.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
