Kempen 6020 adalah strategi Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk warga emas

Health & Fitness
1 May 2026 • 5:00 PM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: Kempen 6020 adalah strategi Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk warga emas
Poster menekankan kepentingan penjagaan kesihatan mulut. Foto: KKM

KKM telah menyasarkan lebih 50 peratus warga emas untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi asli menjelang 2030, selari dengan Pelan Strategik Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2022-2030. Sesungguhnya, tanpa kesihatan oral, maka tiadalah kesihatan diri kerana itulah peri pentingnya kesihatan pergigian dalam mengekalkan keafiatan tubuh badan. Saya dan isteri, Zarina sebagai warga emas, menyokong penuh inisiatif kempen 6020 ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad selepas Majlis Pelancaran Kempen 6020 di Kuala Selangor menyarankan “Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa (NOHSA 2020), hanya sekadar 34.3 peratus warga emas mencapai tahap 20 batang gigi asli, manakala 13.9 peratus mengalami edentulism (tiada gigi langsung) limitasi fungsi mulut yang menjejas kualiti hidup. Gigi adalah laluan masuk kepada tubuh badan, kita nak pastikan laluan masuk ini kekal berfungsi dan menjaga pelbagainya, termasuklah infeksi makanan-makanan dan sebagainya ini sangat mustahak. Tanpa kesihatan oral, maka tiadalah kesihatan diri. Kempen penjagaan kesihatan mulut sebagai budaya harian ialah untuk memastikan warga emas terus sehat." (www.moh.gov.my)

Image from: Kempen 6020 adalah strategi Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk warga emas
Dr, Zahrah (kiri) menyatakan kepada Dr. Zul bahawa “Matlamat utamanya adalah untuk mencegah penyakit gusi, memudahkan pemakanan demi meningkatkan kualiti & kesejahteraan hidup.” Foto: Zarina

Datuk Dzulkefly menambah kata bahawa “Inisiatif ini merupakan antara langkah proaktif kerajaan dalam mendepani cabaran masyarakat menua, dengan statistik terkini menunjukkan penduduk berumur 65 tahun ke atas, yang tinggal di kawasan pendalaman telah mencecah 8.0 peratus pada tahun 2025."

Image from: Kempen 6020 adalah strategi Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk warga emas
Keluarga Dr. Zul & para pelanggan dapat menikmati juadah lazat di Klinik Alo Dental. Foto: Zarina

Menyokong Kempen 6020. sabtu lalu menantu kami, Nadja Hanna, dan suaminya, Farauq dan anak mereka, Daniel telah membawa saya & isteri ke Hari Terbuka Klinik Alo Dental, di Sunway Gandaria, Bandar Baru Bangi. Pengusaha & ketua doktor gigi klinik ini ialah Dr. F. Zahrah F. Razi, lulusan Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari Al-Azhar University, Cairo, Egypt, salah sebuah pusat pengajian tinggi tertua dan terkemuka di dunia. Dr. Zahrah ialah kawan baik sedarjah dengan Nadja. Di samping menikmati juadah enak Hari Terbuka yang disajikan, kami sekelurga telah mendapat pemeriksaan gigi dan konsultasi percuma daripada pasukan doktor gigi dan pembantu terlatih di klinik tersebut. Daniel menangis sebentar sahaja setelah gigi susunya dicabut. (www.klinikalodental.com/@alodentalbangi)


Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.