Kempen Botol Lestari: Potensi dapat anugerah, tingkat kepuasan pelanggan

LocalEnvironment
30 Sep 2024 • 4:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pencemaran alam sekitar seolah-olah sudah sebati di negara ini, namun tidak bermaksud kita terus membiarkan perkara ini terus! Sebagai rakyat yang bertangungjawab, kita sepatutnya menjadi salah seorang membantu melestarikan negara ini.

Kempen Botol Lestari, demi kelestarian negara

image is not available

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengambil pelbagai tindakan usaha dalam mengembalikan kelestarian negara ini. Sebagai contoh, baru-baru ini NRES telah merangka dasar yang bersesuaian bagi mengatasi pencemaran itu, terutamanya di lautan.

Ia bukan sahaja untuk mengekalkan keindahan lautan Malaysia, namun ia juga bagi menjaga hidupan laut yang turut menerima ancaman disebabkan sisa plastik yang berada di lautan.

Dalam pada itu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad juga sedang dalam proses rundingan bagi mewujudkan satu dasar kebangsaan berhubung pengeluaran, penggunaan dan sisa plastik yang selaras dengan Perjanjian Plastik Global (GPT) 2022.

image is not available

Susulan itu, bagi menyokong usaha NRES, Kempen Botol Lestari dilancarkan sebagai satu langkah kecil dalam menggalakkan perniagaan dalam sektor Perkhidmatan Makanan dan Minuman (F&B) atau hospitaliti untuk menggurangkan penggunaan botol air plastik.

Tapi, mengapa F&B dipilih menjadi bidang utama dalam Kempen Botol Lestari? Ini kerana sektor tersebut antara banyak menggunakan bahan-bahan yang boleh meningkatkan pencemaran alam seperti botol air plastik, gelas plastik, plastik makanan dan banyak lagi.

Sebenarnya, menyertai Kempen Botol Lestari bukan sahaja akan mendatangkan kebaikan buat alam sekitar di negara dan NRES, malah ia juga boleh menjadi sumber keuntungan buat perniagaan itu sendiri.

image is not available

Antara impak kempen yang akan memberi manfaat kepada perniagaan adalah Pemasaran dan Daya Saing Jenama. Dengan memanfaatkan inisiatif kelestarian dalam kempen pemasaran ini, sesebuah perniagaan boleh tampil berbeza daripada pesaingnya.

Selain itu, ia juga menarik media untuk membuat liputan berhubung bisnes dijalankan sekali gus berpotensi mendapatkan pensijilan atau anugerah kelestarian dan meningkatkan profil perniagaan.

Ia juga boleh menarik pelanggan tetap yang mempunyai nilai sama (environmentalist) bagi memupuk kepercayaan dan hubungan jangka panjang.

Penyertaan perniagaan itu dapat menampilkan mereka sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan mampan terhadap alam sekitar.

Sementara itu, perniagaan juga boleh menerima nasihat daripada Khidmat Pelanggan sekali gus meningatkan kepuasan pelanggan menerusi Kempen Botol Lestari. Menerusi kempen tersebut, bisnes boleh menawarkan pengalaman makan atau penginapan yang lebih mewah.

image is not available

Perniagaan itu boleh menyediakan jag kaca yang elegan, secara tidak langsung ia meningkatkan perasaan pelanggan untuk menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar yang boleh meningkatkan pengalaman keseluruhan mereka.

Ia juga menggalakkan sebaran mulut ke mulut yang positif dan perniagaan berulang daripada pelanggan yang prihatin terhadap ekosistem.

Oleh itu, pentingnya sokongan orang ramai terutama sektor perniagaan dalam menjayakan Kempen Botol Lestari dengan menyokong usaha NRES dalam mengembalikan kelestarian alam negara ini.

Nik Nazmi nekad melaksanakan pengurangan sebarang bahan daripada plastik di negara ini, oleh itu kementeriannya memberi sokongan penuh terhadap GPT. Susulan itu, kita perlu memberikan sokongan penuh kepada NRES demi kebaikan bersama.