Kempen calon seimbang, tidak hanya tumpu kubu kuat

12 Nov 2022 • 5:58 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KUALA LANGAT, 12 NOV: Kempen calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kuala Langat tidak hanya tertumpu di kubu kuat gabungan itu, sebaliknya ia seimbang dan menyeluruh.

Manivanan Gowin berkata kira-kira 60 peratus kawasan Parlimen itu sudah dilawati melalui pelbagai program termasuk jelajah dan sesi ramah mesra, ziarah kasih serta ceramah.

“Kita imbangi kawasan yang ada pengaruh dan tiada pengaruh setiap hari. Saya berjumpa dan beramah mesra dengan penduduk setempat semuanya menunjukkan semangat luar biasa.

“Semangat mereka pula yang menjadi suntikan semangat saya untuk bekerja keras,” katanya ditemui selepas program ziarah prihatin di Taman Seri Bayu dan Kampung Tali Air hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan gelombang penerimaan rakyat terhadap gabungan tersebut semakin baik sepanjang tempoh lapan hari berkempen.

Manivanan melawan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (Perikatan Nasional) dalam saingan enam penjuru pada pilihan raya umum ke-15.

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved