Kempen Coklat Hershey‘s Sempena Hari Wanita Sedunia Dikecam

11 Mar 2023 • 1:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Siapa yang tidak menyukai coklat Hershey yang berasal dari Amerika Syarikat. Sejenis manisan popular yang amat digemari hampir semua peminat coklat. Sempena Hari Wanita Sedunia baru-baru ini, syarikat Hershey telah melancarkan sebuah kempen yang telah mendapat kecaman ramai pihak.

Tidak sangka bukan? Kempen premis coklat premium ini mendapat tentangan kerana ia menampilkan seorang transwoman sebagai duta produk pada bahagian coklat bar tersebut.

Disebabkan itu, wujud tanda pagar #BoycottHersheys yang dicipta di laman Twitter serta pelbagai respons terhadap kempen tersebut. Antaranya, kami mahu coklat, bukan propaganda kiri dan anda tidak faham transwoman bukanlah wanita.

Hershey mengeluarkan iklan yang menampilkan aktivis aneh dan feminis iaitu Fae Johnstone dalam kempennya bersama lima wanita Kanada yang dipaparkan pada bar coklat eksklusif, termasuk Johnstone.

image is not available

Wanita lain dalam iklan itu melambangkan perkara yang berkaitan dengan kesaksamaan jantina, hak orang asli dan perubahan iklim.

Seorang pengguna Twitter berkata, Johnstone mempunyai ‘pandangan sombong’. Namun beberapa pengguna Twitter berpendapat bahawa wanita tersebut mempunyai hak mereka dan berkata #TransWomenAreWomen. - Getaran, 11 Mac 2023

Sumber interactive.com: https://www.marketing-interactive.com/hersheys-iwd-campaign-featuring-transwoman-leads-to-backlash

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved