Kempen derma darah Kelab Mimpaagat kumpul 61 pain

24 Oct 2023 • 4:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Lebih daripada 60 pain darah berjaya dikumpul dalam program derma darah anjuran Kelab Rekreasi Mimpaagat Tokou Sabah di pusat beli belah Megalong di sini pada Sabtu lalu.

Ini adalah program kedua diadakan oleh kelab itu tahun ini yang menyahut seruan pihak hospital, untuk menggalakkan orang ramai menderma darah bagi mengisi tabung darah di hospital kerajaan yang sentiasa memerlukan bekalan.

Presiden Kelab Mimpaagat Aloysius Wong berkata, sebanyak 61 pain darah dapat dikumpulkan dalam program sehari itu. “Sasaran kami adalah lebih daripada itu. Walaupun tidak mencapai sasaran, kami bersyukur program kami mendapat sambutan menggalakkan,” katanya ketika ditemui Harian Ekspres, Sabtu.

Kempen derma darah anjuran bersama Hospital Queen Elizabeth itu dihadiri wakil Datuk Ceasar Mandela, iaitu KK Daniel Edmund yang menyerahkan sumbangan beras kepada penderma.

View Original Article