PAPAR: Orang ramai diseru menyokong dan membeli produk usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang dijual di rak khas di Kedai Mesra Petronas seluruh negara termasuk Sabah.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata inisiatif itu dilaksanakan di bawah “Kempen Cintai Produk Tempatan” oleh Petronas bermula 25 Ogos hingga 30 September, sebagai sokongan kepada Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“KPDN memuji Petronas atas komitmen tinggi dalam menyokong perniagaan tempatan khususnya PMKS serta memperkukuh agenda nasional mempromosikan produk buatan Malaysia yang turut mencerminkan semangat patriotisme sambil membantu peniaga tempatan.
“Petronas komited menempatkan produk PMKS di lebih 850 cawangan Mesra di seluruh negara termasuk 50 di Sabah, yang memainkan peranan penting dalam memperkasakan usahawan tempatan dan memastikan produk kita diberi keutamaan,” katanya.
Armizan berkata demikian selepas menyampaikan kit Jalur Gemilang di bawah Inisiatif Kluster Industri “1 Rumah, 1 Bendera” serta melancarkan Kempen Cintai Produk Tempatan 2025 di sebuah Stesen Minyak Petronas berhampiran sini.
Beliau berkata, Kedai Mesra Petronas kini bekerjasama dengan 1,842 pembekal tempatan dengan jualan tahunan PMKS merekodkan momentum pertumbuhan kukuh melebihi RM150 juta.
“Kerjasama ini bukan sahaja mengukuhkan semangat patriotisme dalam menyokong produk tempatan malah memastikan usahawan tempatan kita terus berkembang maju,” katanya.
KPDN melancarkan kempen Jalur Gemilang dengan kerjasama Petronas, melibatkan 4,320 stesen minyak di seluruh negara.
Beliau berkata kempen ini adalah sebahagian daripada inisiatif “Satu Rumah, Satu Jalur Gemilang” (1R1JG) yang diselaraskan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) di bawah Kementerian Komunikasi.
“Kempen ini melibatkan semua stesen minyak Petronas di seluruh negara kerana ia merangkumi semua premis runcit berlesen di bawah KPDN. Program peringkat nasional ini juga melibatkan tujuh kluster utama iaitu pendidikan, pengajian tinggi, kesihatan, keselamatan, komuniti, industri dan agensi kerajaan,” katanya.
Menjawab satu soalan, Armizan berkata Jalur Gemilang dan sambutan kebangsaan tahunan bukanlah semata-mata program milik kerajaan, tetapi warisan bersama seluruh rakyat Malaysia.
“Bendera dan sambutan ini adalah milik rakyat, bukan hanya kerajaan. Jalur Gemilang adalah simbol kolektif kita, dan ia mesti dihormati oleh setiap warganegara,” katanya.
Beliau mengingatkan bahawa undang-undang itu wujud untuk memelihara maruah bendera negara.
“Perundangan adalah jelas. Jika berlaku insiden berkaitan cara bendera dikibarkan, laporan boleh dibuat dan siasatan akan dijalankan bagi menentukan sama ada ia disengajakan. Jika terbukti salah laku itu dilakukan dengan niat, pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas,” tambahnya.
Armizan turut menyeru rakyat Malaysia agar menghayati semangat perpaduan dan patriotisme sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan.
“Salah satu cara untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara adalah dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan bangga – bendera yang menjadi milik kita semua,” katanya.