Kempen Pepsodent Best Defender X Mydin meriahkan bahang Piala Dunia FIFA 2026

Business & Finance
9 Jul 2026 • 4:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kempen Pepsodent Best Defender X Mydin meriahkan bahang Piala Dunia FIFA 2026
Phoebe Tay (dua dari kanan) bersama barisan ahli-ahli Lembaga Pengarah Mydin Mohamed Holdings Berhad sempena pelancaran kempen Pepsodent Best Defender X Mydin di Subang pada Khamis.

[DIKEMAS KINI] BAHANG Piala Dunia FIFA 2026 yang semakin memuncak terus dimeriahkan dengan pelbagai inisiatif, terbaharu menerusi kempen Pepsodent Best Defender di ruang legar pusat membeli belah Mydin di sini.

Pelbagai aktiviti bertemakan bola sepak berlangsung dalam suasana meriah dengan pelbagai permainan interaktif, demonstrasi bola sepak gaya bebas oleh pemain street soocer dan freestyler terkenal, Zeem Ahmad, selain aktiviti yang membolehkan pengunjung merasai sendiri kemeriahan kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

Pengunjung turut berpeluang mencuba pelbagai permainan, melihat rangkaian produk penjagaan kesihatan mulut Pepsodent serta membawa pulang cenderamata rasmi FIFA menerusi pembelian produk terpilih.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, kerjasama tersebut bukan sahaja memberi pengalaman istimewa kepada masyarakat melalui sukan bola sepak tetapi jugacmeningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut sebagai amalan harian.

"Pepsodent merupakan antara rakan pembekal strategik MYDIN yang sentiasa komited dalam menawarkan produk berkualiti kepada pelanggan.

"Kami berharap inisiatif ini dapat memberi keseronokan pengalaman membeli-belah pelanggan di Mydin," katanya sempena pelancaran kempen tersebut, di sini pada Khamis.

Kempen tersebut dirasmikan oleh Ketua Pemasaran Pepsodent Malaysia, Phoebe Tay.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Mydin, Datuk Murad Ali Mydin Mohamed; Pengarah Urusan Datta Shree, Manjunatha Adappa; Ahli EXCO Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Sallam Packiry dan Pendidik Jurulatih Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),Patrick Loo.

Sementara itu, Phoebe Tay dalam ucapannya berkata, kempen berkenaan diadakan bersempena peranan Pepsodent sebagai penaja rasmi Piala Dunia FIFA 2026, menggabungkan dua perkara yang dekat dengan rakyat Malaysia iaitu bola sepak dan budaya berkumpul bersama keluarga serta rakan-rakan ketika menyaksikan perlawanan.

"Dengan kebanyakan perlawanan berlangsung hingga lewat malam, rutin seperti penjagaan kesihatan mulut kadangkala terabai apabila keluarga terlalu leka menikmati kemeriahan perlawanan.

"Di sinilah Pepsodent tampil sebagai pelindung terbaik keluarga daripada kaviti. Melalui kempen ini, kami mahu menggalakkan keluarga terus menjaga kesihatan mulut sambil menikmati musim bola sepak dengan penuh keyakinan untuk terus tersenyum," katanya.

Sebagai sebahagian daripada kempen, pengunjung boleh menyertai aktiviti permainan mesin cekau atau ‘claw machine’ untuk peluang memenangi barangan eksklusif dan sampel produk.

Selain itu, pembelian bernilai RM15 dan ke atas untuk produk penjagaan mulut Pepsodent yang terpilih turut melayakkan pengguna menebus barangan rasmi FIFA seperti botol dan topi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved