Kempen Rasuah Busters #saysomethingnice dilancar

29 Aug 2023 • 5:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kempen Rasuah Busters #saysomethingnice bermula pada 31 Ogos sehingga 16 September ini dilancarkan di Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

image is not available
Datuk Hussamuddin Yaacub.

image is not available
Anas Zubedy

SHAH ALAM - Kempen Rasuah Busters #saysomethingnice yang akan bermula pada 31 Ogos sehingga 16 September ini dilancarkan di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Selasa.

Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Pasukan #RasuahBusters berkolaborasi dengan Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd, Anas Zubedy yang telah lebih 10 tahun menggiatkan kempen berkenaan bersempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Kempen yang mengangkat tema 'berpada-pada dan maju ke hadapan' itu turut bekerjasama dengan Persatuan Animasi Malaysia (Animas).

Turut hadir, Presiden Animas, Amir Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin.

Sementara itu, Anas ketika berucap pada majlis perasmian berharap agar kempen yang dilaksanakan itu mendapat sokongan semua pihak.

Ujarnya, idea untuk memperkenalkan kempen yang telah bermula sejak lebih 10 tahun itu tercetus agar masyarakat dapat melontarkan kata baik bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

"Melihat kepada tema kita, iaitu berpada-pada atau jangan berlebihan ketika melontarkan pandangan itu, tujuannya tidak lain adalah untuk menjaga keharmonian," katanya.