Kempen Raya 2025 Subaru Malaysia – Penjimatan Cecah RM38K

LocalCars
4 Mar 2025 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd, mengumumkan kempen khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2025. Bertemakan “Raya Bersama, Selamat Sentiasa”, kempen ini berlangsung hingga 30 April 2025.

Promosi Pembelian Subaru XV & Subaru Forester

image is not availableimage is not available

Subaru XV GT (kiri) dan Subaru Forester GT (kanan)

Sempena kempen ini, pelanggan dapat menikmati penjimatan hebat untuk pembelian Subaru XV dan Subaru Forester. Subaru XV kini ditawarkan dengan penjimatan sehingga RM38,000, termasuk diskaun sehingga RM29,000, pemasangan lapisan keselamatan (security tint) pada cermin secara percuma, serta pakej servis komprehensif 5 tahun.

image is not available

Sementara itu, Subaru Forester ditawarkan dengan penjimatan sehingga RM36,000, yang merangkumi diskaun mencecah RM28,000, kamera papan pemuka (dashboard) HD percuma bernilai RM1,450, serta pakej servis lima tahun yang sama.

Sampul Raya Edisi Terhad

image is not available

Sempena musim perayaan ini juga, Subaru menawarkan sampul raya edisi terhad kepada pelanggan yang mengunjungi mana-mana cawangan pengedaran Subaru untuk sesi pandu uji atau membeli pakej servis Subaru di pusat jualan dan servis terpilih di seluruh negara, selagi stok masih ada.

Promosi Perkhidmatan Selepas Jualan

image is not available

Selain itu, syarikat ini menawarkan pemeriksaan kesihatan kenderaan secara percuma untuk kenderaan yang telah tamat tempoh jaminan di semua pusat servis bertauliah.

Bagi memastikan kenderaan dalam keadaan terbaik sepanjang musim perayaan, promosi selepas jualan turut diperkenalkan. Pakej servis ditawarkan serendah RM416, termasuk penapis minyak percuma bernilai RM64 dan penggunaan minyak enjin sintetik MOTUL MI-TECH 5W30. Pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 untuk servis selepas jualan juga akan menerima baucar tunai RM30.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi istimewa ini, pelanggan boleh melayari laman web rasmi https://www.subaru.asia/my/en/promotions/ atau mengunjungi mana-mana bilik pameran Subaru yang berhampiran.