Kemudahan Di SK Ulu Ansuan Ditambah Baik – KPM

19 Nov 2023 • 10:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kemudahan Di SK Ulu Ansuan Ditambah Baik – KPM

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan di Telupid, Sabah akan ditambah baik demi kesejahteraan seluruh warga sekolah berkenaan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan kerja pembinaan melibatkan blok akademik dan pentadbiran serta kemudahan lain termasuk pembelian perabot sedang rancak berjalan.

Selain itu, KPM berkata pembinaan empat unit kuarters baharu di SK Ulu Ansuan juga telah diluluskan semasa pembentangan Belanjawan 2024.

“Kesemua projek penambahbaikan dan kemudahan di SK Ulu Ansuan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM12.5 juta.

Bagi penyelesaian jangka pendek kediaman guru di sekolah itu pula, KPM telah siap melaksanakan projek selenggara kuarters dengan peruntukan RM200,000,” katanya.

Dalam pada itu, KPM terus bertekad untuk menambah baik kemudahan di semua sekolah di seluruh negara yang memerlukan perhatian bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kebajikan guru, murid serta seluruh warga sekolah terpelihara.

Semalam, media melaporkan Guru Besar SK Ulu Ansuan, George Odol yang akan bersara wajib pada 27 Nov ini, tinggal di dalam sebuah stor sekolah selama lebih tiga tahun untuk meneruskan perjuangannya mendidik anak bangsa.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved