Kemuka Tuntutan Palsu: Pegawai Universiti Ditahan SPRM

13 Feb 2023 • 9:43 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Suspek wanita berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 petang ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor hari ini - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai di sebuah universiti tempatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen tuntutan palsu bagi projek pendidikan berjumlah kira-kira RM330,000. 

Suspek wanita berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 petang ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor hari ini.

Sumber memberitahu, suspek dipercayai membuat tuntutan palsu bagi projek terbabit sedangkan kakitangan di bawahnya sama sekali tidak terlibat dengan aktiviti dan tuntutan tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok untuk permohonan reman,” katanya. - Getaran, 13 Februari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved