Kemuka Tuntutan Palsu, Profesor UMS Mengaku Tidak Bersalah 

LocalPolitics
20 Jul 2022 • 1:42 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tertuduh (kiri) berjalan meninggalkan Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah selepas mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu. - Gambar ihsan SPRM

KUALA LUMPUR - Seorang pensyarah bergelar profesor dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu hari ini, atas 21 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu melibatkan penyelidikan.

Tertuduh, Profesor Dr Charles Santhanaraju Vairappan, 55 bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada 2014 hingga 2017, melibatkan tuntutan berjumlah RM66,140 sedangkan perbelanjaan tersebut tidak dilakukan.

Untuk kesemua pertuduhan tersebut, Charles berdepan pendakwaan mengikut Seksyen 18 Akta Pencegahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009.

Hakim Abu Bakar Manot kemudian menetapkan nilai jaminan sebanyak RM20,000 dan seorang penjamin sementara menanti prosiding seterusnya.

Dia juga dikehendaki melaporkan diri di pejabat SPRM Sabah setiap dua bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nartiah F. Mirchelle Sambatan. - Getaran, 20 Julai 2022