Kemunculan Faisal Halim Dapat Perhatian Media Indonesia, Doakan Lekas Sembuh

13 Jun 2024 • 6:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kemunculan Faisal Halim Dapat Perhatian Media Indonesia, Doakan Lekas Sembuh

Tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim hari ini tampil buat kali pertama di hadapan media, sebulan lebih selepas beliau menjadi mangsa serangan asid yang menggemparkan negara sebelum ini.

Menerusi sidang media yang dibuat sekitar pukul 2.30 petang tadi, perkembangan dan keadaan terkini pemain tersebut nyata menarik perhatian banyak pihak.

Lebih-lebih lagi apabila lensa kamera menyoroti kesan lecur pada bahagian tangan kiri anak kelahiran Pulau Pinang itu.

Melihat penderitaan yang terpaksa ditanggung Faisal Halim dalam tempoh sebulan lebih ini tentunya mampu menghadirkan rasa sebak kepada sesiapa sahaja.

Kemunculan Faisal Halim curi tumpuan media hingga ke Indonesia

Di media sosial, perkongsian berkenaan Faisal Halim kembali menjadi trending selepas sidang media tersebut. Rata-rata rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib yang menimpa pemain itu dan mendoakan agar beliau segera kembali sembuh.

Malah, mereka juga mahu melihat pelakunya ditangkap secepat mungkin dan diberikan hukuman setimpal.

Selain rakyat Malaysia, kemunculan Faisal Halim kali ini juga turut menarik perhatian komuniti bola sepak serantau, khususnya dari Indonesia.

Hasil tinjauan di platform X mendapati hantaran-hantaran mengenai pemain tersebut dikesan dibuat oleh pelbagai akaun media sosial berasal dari negara seberang itu.

Antaranya adalah hantaran yang dibuat oleh akaun Extra Time Indonesia. Melalui hantaran tersebut, pentadbir akaun berkenaan turut mendoakan pemain kebangsaan itu segera sembuh dan diberikan keadilan.

image is not available

Manakala satu lagi akaun komuniti bola sepak Indonesia di X, Te Reds Indonesia pula berkongsi beberapa keping gambar terkini Faisal Halim.

image is not available

Seorang lagi pengguna X, Noorridho Ilmansyah turut mendoakan Faisal Halim cepat pulih dan mengulangi sokongan komuniti bola sepak di sana untuk berdiri teguh bersamanya.

Di sini, dapat disimpulkan bahawa perkembangan Faisal Halim turut dinanti-nantikan oleh banyak pihak, termasuk mereka yang berada di luar negara.

Semoga proses pemulihan Faisal Halim berjalan lancar dan beliau dapat segera kembali ke padang, melakukan perkara yang disukai untuk kelab dan negaranya.