“Kena Ada RM17 Juta” – Kad Kredit Jadi Perhatian, Ramai Terkejut Lihat Kekayaan IU

20 Mar 2024 • 1:28 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Aktif dalam dunia lakonan dan nyanyian, tidak terkejutlah bahawa IU merupakan antara artis Korea dengan pendapatan lumayan.

Pada 19 Mac, IU telah memuat naik video baru di akaun YouTubenya, di mana wanita itu sedang membelikan hadiah untuk adik lelakinya.

Namun perkara lain yang meraih perhatian adalah kad yang digunakan wanita itu untuk memberi barangan.

Menerusi video tersebut, IU menggunakan kad kredit hitam dari Woori Bank, yang dipercayai mempunyai syarat langganan yang agak ketat.

image is not available

Untuk pengetahuan, kad eksklusif yang digunakan penyanyi itu dikhaskan hanya untuk pelanggan yang mempunyai lebih 5 bilion won (RM17,684,806) dalam akaun bank mereka dan bayaran tahunan adalah sebanyak 2.5 milion won (RM8,845).

Dengan ini, perhatian telah tertumpu kepada IU, tertanya-tanya dengan jumlah harta terkumpulnya sepanjang 16 tahun debut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article