![Image from: Kena Baca Doa Qunut Atau Tidak Ketika Qada Solat Subuh Sewaktu Tarawih? Ini Penjelasannya [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/02/baca-doa-qunut-ketika-qada-subuh.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan pasti yang tidak sabar untuk melakukan banyak ibadah khususnya solat sunat tarawih kerana ia hanya ada pada bulan mulia ini.
Umum mengetahui solat sunat tarawih ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja seperti rumah. Namun ramai yang memilih untuk menunaikannya di masjid untuk mendapatkan pahala berjemaah.
Walau bagaimanapun sewaktu tarawih, anda juga boleh berniat untuk menggantikan solat subuh yang sudah tertinggal mengikut imam.
Namun mungkin ada yang keliru bagaimana pula dengan bacaan doa qunutnya, adakah kita perlu menadah tangan seperti dilakukan ketika subuh memandangkan sedang mengikut imam sewaktu tarawih.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Boleh Ke Baca Doa Qunut Selain Dari Solat Subuh? Ini Penjelasannya [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tak Hafal Doa Qunut Ketika Solat Subuh? Ini Yang Boleh Dilakukan [Video]
Perlu ke angkat tangan baca doa qunut untuk qada Subuh ketika tarawih?
Baru-baru ini Geng Masjid Kg Nakhoda (MKN) telah menerangkan mengenai perkara tersebut menerusi satu sketsa pendek.
Dalam video yang dikongsikan Geng MKN di TikTok, awalnya kelihatan Zaid Amran dan Ahmad Syaqiq Shuhari sedang berjemaah mengikuti imam sewaktu tarawih.
Namun ketika imam sujud, kelihatan Syaqiq mengangkat tangannya untuk membaca doa qunut manakala Zaid pula mengikuti imam.
Sebaik selesai berjemaah, Zaid kemudian menegur Syaqiq mengapa dia secara tiba-tiba mengangkat tangan untuk doa qunut ketika tarawih.
Qunut boleh dibaca dan boleh ditinggalkan namun rugi jika tak buat
Syaqiq lalu menjelaskan dia sedang melakukan qada solat Subuh yang pernah tertinggal dengan mengikuti imam sewaktu tarawih.
“Memang dibolehkan apabila imam mengerjakan solat tarawih tapi makmum dekat belakang niat solat qada Subuh. Kita pun dah pernah bahas dalam video sebelum ni, siapa sahaja yang kita boleh ikut untuk jadikan imam.
“Cuma timbul persoalan, perlu ataupun tidak membaca doa qunut? Jawapannya boleh dibaca dan boleh juga ditinggalkan,” katanya.
Jelas Zaid lagi, sebab ia boleh ditinggalkan kerana qunut tersebut hukumnya sunat abad. Maka solat tetap sah sama ada dibaca ataupun tidak.
Namun sekiranya ia ditinggalkan, ia akan membuatkan kita yang berasa rugi dan lebih baik membacanya sekurang-kurang qunut yang ringkas.
![Image from: Kena Baca Doa Qunut Atau Tidak Ketika Qada Solat Subuh Sewaktu Tarawih? Ini Penjelasannya [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/02/doa-qunut-pendek-1.jpg)
“Qunut ni bukan rukun yang ditambah dalam solat ia hanya rukun yang dipanjangkan kerana qunut berada dalam rukun iktidal.
“Jadi dibaca tanpa menadah tangan pun tak ada masalah,” katanya lagi.
@gengmkn Imam solat tarawih, makmum solat qadha subuh? #imam #bilal #ilmu
♬ original sound – Geng MKN – Geng MKN
Ustaz Jafri turut terangkan bagaimana baca doa qunut ketika qada subuh waktu tarawih
Dalam masa sama pendakwah bebas, Ustaz Jafri Mahmoodi juga ada menerangkan bagaimana membaca doa qunut ketika qada solat subuh sewaktu tarawih.
Menurut Ustaz Jafri, individu itu boleh menggunakan lafaz doa qunut yang pendek yang diajarkan ulama bagi menggantikan doa qunut yang panjang.
Sunat angkat tangan ketika baca doa qunut, tak angkat pun tiada masalah
“Habis perlu angkat tangan tak? Angkat tangan ini sendiri hukumnya sunat. Jadi bila dia rukuk, kemudian dia bangun iktidal, dia baca doa qunut yang pendek tu.
“Kemudian dia terus sujud bersama dengan imam tanpa perlu angkat tangan. Insya-Allah, bayangkan 20 rakaat tarawih dia telah selesaikan 10 solat fardu Subuh untuk dia qada.”
@jafrimahmoodi_off Siri Ramadhan 19 : Persoalan tentang boleh tak menjadikan waktu solat terawikh untuk qadha solat-solat fardhu sambil mengikut imam? #fyp #jafrimahmoodi #jafrimahmoodiofficial #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar
♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official
