Kena ‘Body Shaming’ Badan Macam Tong Drum, Najwa Latif Tak Ambil Hati – “Saya Hormat Kebebasan Bersuara”

Entertainment
18 Sep 2026 • 11:09 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi Najwa Latif mengambil maklum mengenai komen segelintir netizen yang mempersoalkan perubahan fizikalnya selepas penampilannya ketika Keretapi Sarong 2026 menjadi perhatian ramai.

Menurut Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 31, dia tidak merasakan perlu untuk memberi respons panjang terhadap komen-komen tersebut kerana setiap individu mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan masing-masing.

Advertisement

“Tiada apa yang perlu saya komen. Orang berhak untuk berkata apa-apa.

“Cuma saya amat hargai semua yang berkata baik dan memberi kata semangat,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, penampilan Najwa ketika membuat persembahan di Keretapi Sarong 2026 mencuri perhatian sehingga ada segelintir netizen meninggalkan komen mengenai bentuk fizikalnya.

View this post on Instagram

Bagaimanapun, Najwa berkata dia sedar sebagai individu yang berada di hadapan khalayak, penampilan dirinya sememangnya akan sentiasa menjadi perhatian.

“Tak perlu saya respons kepada kata-kata orang itu. Saya hormat kebebasan yang semua ada.

“Bila kita ada di depan khalayak orang, mesti akan ada orang yang bercakap sama ada baik atau buruk,” katanya.

Dalam masa sama, Najwa memilih untuk memberi perhatian kepada komen-komen positif serta kata-kata semangat yang diterimanya daripada orang ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Kena ‘Body Shaming’ Badan Macam Tong Drum, Najwa Latif Tak Ambil Hati – “Saya Hormat Kebebasan Bersuara”2026-09-18 09:38:08

"Ibu Je Ke Kena Jaga Hati Anak? Anak? Bapaknya? Memandai-Mandai Netizen Ni.." - Warga Maya Tegur Abby Abadi Isu Ucapan Hari Lahir Anak Berbaur 'Toksik'

The post Kena ‘Body Shaming’ Badan Macam Tong Drum, Najwa Latif Tak Ambil Hati – “Saya Hormat Kebebasan Bersuara” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved