Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Daripada permainan video, komik (manga) hinggalah ke kaca televisyen, peminat dan pengumpul (collector) tegar Pokémon kini boleh melihat arca karakter kegemaran depan mata yang kini dipamerkan di KLCC Park, Kuala Lumpur.
Antara arca yang anda boleh lihat di sana ialah:
- Pikachu
- Mewtwo
- Snorlax
- Jolteon
- Flareon dan banyak lagi
View this post on Instagram
Sambil-sambil berjalan di KLCC Park, bolehlah berOOTD dengan karakter-karakter berkuasa ini.
Jangan kata kanak-kanak, malah pasti ramai juga geng-geng millennial yang membesar dengan Pokémon, tidak senang duduk melihat figura-figura berkenaan.
Arca Meriahkan KLCC Park Bersempena Ulang Tahun Ke-30 Pokémon Di Malaysia
Buat anda yang tidak tahu, arca-arca ini menyerikan KLCC Park bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-30 Pokémon yang akan berlangsung pada 12 dan 13 September 2026 ini.
Difahamkan, Malaysia merupakan stop (hentian) pertama bagi acara PokéXciting! Apa yang lebih menarik, acara dengan kemasukan percuma ini akan turut mempersembahkan pertunjukan drone yang bakal menerangi langit Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.
Jadi jangan lupa persembahan drone di KLCC Park ini akan bermula tepat jam 9 malam pada 12 September.
Aktiviti Menarik Sepanjang Anjuran PokéXciting! Di KLCC
Untuk jelajah di Kuala Lumpur, Pikachu akan tampil dengan aksesori kepala berwarna turkois buat pertama kalinya.
Antara aktiviti lain sepanjang PokéXciting! berlangsung adalah:
- Pikachu Dance Show
- Jualan merchandise
- Booth
- Port OOTD
- Permainan Pokémon Go dan banyak lagi
Bukan itu sahaja, ada juga Pokémon Pop-up Store di pusat membeli-belah, Ombak KLCC.
View on Threads
Selain peminat Pokémon sendiri, ramai juga geng-geng runner yang berkongsi keterujaan mereka melihat arca tersebut semasa beriadah di KLCC Park.
“KLCC run Pokémon runSangat seronok cari semua karakter Pokémon sepanjang trek KLCC! Comel! Good luck cari Mewtwo, sebab agak tersorok,” kata seorang pengguna Threads.
View on Threads
View on Threads
View on Threads
‘Mesti Meriah KLCC Nanti (12 & 13 September)’ – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa seronok melihat karakter Pokémon berdiri gah sekeliling kawasan KLCC Park.
“Terima kasih untuk info! Event macam bi memang best untuk nostalgia peminat dan percutian santai hujung minggu bersama keluarga. Siap ada drone show. Mesti meriah suasana malam dekat KLCC nanti,” kata seorang warganet.
“Nak pergi jalan dekat KLCC Park sambil pakai jaket dan topi Ash (watak dalam animasi Pokémon). Lepas tu bawa Pokeballs dan bagpack. Fuh best!” tambah seorang lagi lelaki.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: “Kena Datang Demi Pikachu!” – Ramai Teruja KLCC Park Dipenuhi Arca Karakter Pokémon [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/event-pokemon-di-KLCC-Park-701x1024.jpg)
![Image from: “Kena Datang Demi Pikachu!” – Ramai Teruja KLCC Park Dipenuhi Arca Karakter Pokémon [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/event-pokemon-di-KLCC-Park-2-649x1024.jpg)
![Image from: “Kena Datang Demi Pikachu!” – Ramai Teruja KLCC Park Dipenuhi Arca Karakter Pokémon [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/event-pokemon-di-KLCC-Park-3-890x1024.jpg)
![Image from: “Kena Datang Demi Pikachu!” – Ramai Teruja KLCC Park Dipenuhi Arca Karakter Pokémon [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/event-pokemon-di-KLCC-Park-4-1024x261.jpg)
![Image from: “Kena Datang Demi Pikachu!” – Ramai Teruja KLCC Park Dipenuhi Arca Karakter Pokémon [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/event-pokemon-di-KLCC-Park-5-747x1024.jpg)
![Image from: “Kena Datang Demi Pikachu!” – Ramai Teruja KLCC Park Dipenuhi Arca Karakter Pokémon [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/event-pokemon-di-KLCC-Park-6-689x1024.jpg)
![Image from: “Kena Datang Demi Pikachu!” – Ramai Teruja KLCC Park Dipenuhi Arca Karakter Pokémon [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/event-pokemon-di-KLCC-Park-7-1024x953.jpg)
