"Kena Kepala Aku Lah!" - Biarpun Menang Selesa, Ronaldo Tetap Tak Puas Hati

Football
29 Nov 2022 • 6:03 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Aksi kumpulan Piala Dunia Qatar 2022 bakal berakhir! Berbaki satu perlawanan sahaja lagi untuk aksi kumpulan. Awal pagi tadi, Portugal berjaya menundukkan Uruguay dengan jaringan 2-0. Dua gol tersebut dijaringkan oleh bintang Manchester United, Bruno Fernandes.

Biarpun kejayaan Portugal diraikan dengan meriah, namun nama Cristiano Ronaldo masih menjadi sebutan. Semuanya kerana Cristiano Ronaldo hampir menjadi penjaring terbanyak Portugal di Piala Dunia, sebaris dengan lagenda mereka Eusebio.

Pada perlawanan tersebut, peminat sangka Cristiano berjaya memecah kebuntuan dengan menanduk masuk hantaran dari Bruno. Namun selepas ulang tayang dari beberapa sudut, Fifa bersetuju untuk menghadiahkan gol tersebut pada Bruno kerana ternyata Cristiano tidak menyentuh bola.

Setelah tamat perlawanan, Cristiano seakan-akan tidak puas hati kerana nama beliau ditarik dari senarai penjaring gol. Dari gerak tubuhnya, beliau yakin gol tersebut dijaringkan menerusi tandukannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved