Kena letak duit syiling dalam freezer sebelum bercuti atau balik kampung, ini sebabnya yang ramai tak tahu

19 Dec 2022 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Kena letak duit syiling dalam freezer sebelum bercuti atau balik kampung, ini sebabnya yang ramai tak tahu

MUSIM cuti sekolah memang ramai antara kita yang mengambil peluang bawa keluarga bercuti atau pulang ke kampung.

Dalam keterujaan itu, jangan pula lupa
soal sekuriti kediaman anda.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Sebelum keluar rumah, pastikan semua lampu dan plug ditutup bagi mengelak pembaziran.

Lagi satu, mesti wujud rasa waswas tentang tahap keselamatan makanan yang tersimpan di dalam peti sejuk beku atau freezer.

Untuk mengelak perasaan itu daripada terus mengganggu kita, ada satu tip yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Rizzal Abdullah.

Kata Rizzal, perkongsian tersebut diperolehnya daripada seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai Uncle Chan.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Petua Uncle Chan antara lain memudahkan anda mengetahui sama ada bekalan elektrik pernah terputus atau tidak.

Ia sekali gus dapat pastikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tidak rosak.

Bagaimana caranya? Senang sahaja, hanya guna duit syiling!

“Uncle Chan ada tinggalkan pesanan pada saya. Kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan syiling dalam freezer.

“Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tidak tahu,” ujar Rizzal.

image is not available

Dengan menggunakan duit syiling juga, ia akan memudahkan kita untuk mengetahui berapa lama peti sejuk anda terpadam.

Untuk memudahkan anda, kami huraikan kembali bagaimana teknik-tekniknya untuk anda aplikasikan di rumah:

Bahan-bahan yang diperlukan:

Duit syiling
Gelas plastik yang lutsinar
Air

Cara-caranya:

1.Masukkan 3/4 air ke dalam gelas atau bekas lutsinar. Kemudian masukkan ke dalam freezer, biarkan ia beku.

2. Selepas beku, letak duit syiling di atas bekas tersebut.

3. Setiap kali pulang ke rumah daripada cuti, periksa syiling dalam gelas itu. Jika syiling masih di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!

image is not available
Gambar sekadar hiasan

4. Sebaliknya, jika syiling tersebut berada di bahagian bawah gelas, bermakna ais tersebut sudah pernah cair sepenuhnya. Kemungkinan terdapat gangguan elektrik yang lama. Oleh itu, jangan makan makanan dalam peti sejuk itu untuk elak keracunan makanan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sumber: Facebook Rizzal Abdullah

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.