Kenaikan cukai arak baik bagi Labuan

LocalBusiness & Finance
22 Oct 2025 • 5:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LABUAN: Kenaikan kadar duti eksais diumumkan dalam Belanjawan 2026 dianggap berita kurang baik bagi pengunjung “happy hour” (penggemar arak) di Sabah.

Bagaimanapun situasi berkenaan dilihat sebagai perkembangan positif bagi penduduk dan pengusaha di Labuan.

Arthur Kong berkata walaupun kesan kenaikan duti eksais akan meningkatkan harga produk di bandar lain namun di wilayah persekutuan itu ia kekal tidak mengalami perubahan kerana Labuan menikmati status pelabuhan bebas serta pengecualian cukai.

“Dengan harga minuman keras kekal malah lebih murah Labuan berpotensi menarik lebih ramai pelancong hujung minggu kerana kos penginapan dan rekreasi yang rendah.

”Ini memberi harapan untuk industri pelancongan kembali rancak,” katanya.

Arthur berkata ekonomi tempatan telah lama suram sejak seorang Menteri Wilayah Persekutuan daripada Pas memperkenalkan cukai ke atas jualan rokok sekali gus menjejaskan salah satu tarikan utama pulau terbabit.

Beliau berharap keadaan akan beransur pulih dengan usaha berterusan kerajaan untuk merancakkan semula ekonomi.

Beliau turut berharap kerajaan akan menilai semula peraturan Kastam yang mengehadkan pengunjung untuk membawa keluar tidak lebih daripada empat tin bir atau sebotol minuman keras dari pulau itu.

Arthur menegaskan bahawa perjalanan ke Labuan melalui udara adalah mahal manakala penggunaan feri pula menimbulkan kesulitan kerana pemeriksaan imigresen.

Menurutnya kedai bebas cukai yang menjual pelbagai jenama arak, minuman keras, coklat import dan minyak wangi akan mendapat manfaat sekiranya lebih ramai pelancong berkunjung ke Labuan memandangkan sektor ekonomi itu menyokong ratusan pekerjaan tempatan.

Mengikut Belanjawan 2026 kadar duti eksais baharu itu akan berkuat kuasa pada 1 November.