Kenaikan Gaji Minimum Beri Kesan Kepada Tambang Pengangkutan Atau Tidak? – Ini Penjelasan Loke

LocalPolitics
21 Oct 2024 • 4:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tambang pengangkutan awam termasuk penerbangan tidak akan dinaikkan walaupun gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 bermula Februari depan, kata Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook.

Loke menjelaskan bahawa ini adalah kerana kadar gaji dalam sektor pengangkutan, khususnya penerbangan, sudah pun melebihi had gaji minimum yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 yang tidak memberi kesan ketara kepada tambang.

Gaji Sektor Penerbangan Sudah Melebihi RM1,700

image is not available

Beliau turut menegaskan bahawa majoriti kakitangan dalam sektor penerbangan kini menerima gaji yang lebih tinggi daripada RM1,700.

“Rata-ratanya gaji di sektor penerbangan sudah melebihi RM1,700. Saya rasa ini tidak akan ada kesan besar sebab sektor ini banyak membabitkan kerja teknikal yang memerlukan tenaga mahir dan terlatih,” katanya.

Tambang Bas Tetap Terkawal

image is not available

Bagi sektor pengangkutan awam lain seperti bas, Loke berkata bahawa gaji pemandu bas juga sudah melepasi paras gaji minimum baharu.

Beliau turut mendedahkan bahawa gaji pemandu bas rata-ratanya adalah sekitar RM3,000 dan ke atas sebulan. Tambahan pula, tambang bas dikawal kerajaan dan tidak boleh dinaikkan sesuka hati.

Penangguhan Untuk Majikan Kecil

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan gaji minimum baharu sebanyak RM1,700 ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat. Namun, kerajaan memberi kelonggaran kepada majikan kecil yang mempunyai kurang daripada lima pekerja dengan pelaksanaan ditangguhkan sehingga 1 Ogos 2025.