Kenaikan Gaji Untuk Hargai Penjawat Awam Termasuk Bomba - PM

4 May 2024 • 12:46 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Perdana Menteri pada sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 - gambar BERNAMA

IPOH - Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terutama ketika negara berdepan bencana dan kejadian tidak dingini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun negara sedang berhadapan dengan keadaan ekonomi tidak menentu, langkah itu dibuat kerana penjawat awam merangkumi agensi keselamatan merupakan barisan hadapan di sebalik pengurusan dalam memastikan keamanan negara.

"Mengapa dalam keadaan ekonomi sekarang kerajaan pilih naikkan gaji dan upah penjawat awam?

"Jangan lupa, negara ini aman, selamat daripada kebakaran, tanah runtuh, malah selamatkan haiwan, semuanya kerana perkhidmatan dan pengorbanan mereka (pasukan keselamatan)," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 di Jalan Tambun, Sunway City di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved