Kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya ditangguhkan, kerajaan tanggung kos lebih RM500 juta - PM Anwar

LocalPolitics
23 Jul 2025 • 11:13 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya ditangguhkan, kerajaan tanggung kos lebih RM500 juta - PM Anwar

image is not available

23/07/2025 - 11:13

KUALA LUMPUR 23 Julai - Kerajaan bersetuju menangguh kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata antara lebuh raya yang terlibat adalah Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

image is not available

“Susulan itu, kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta,” kata beliau ketika mengumumkan Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi saluran media utama di sini, hari ini.

Anwar berkata pada tahun ini, sebanyak 10 lebuh raya dijadual untuk kenaikan kadar tol. - BERNAMA

featured standard

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved