Kenaikan SST impak 16 peratus pelanggan SESB

LocalBusiness & Finance
28 Feb 2024 • 12:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pengumuman kerajaan untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan (SST) hanya melibatkan 16.72 peratus pengguna elektrik di negeri ini, kata pegawai kanan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Kadar cukai SST ini akan berubah iaitu daripada 6% kepada 8% bermula 1hb Mac 2024.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Mohd Yaakob Jaafar, hanya penggunaan elektrik 600 kWh ke atas ataupun bil bulanan berjumlah RM203 ke atas sahaja akan terlibat dengan cukai SST 8% ini.

Kenaikan kadar cukai SST ini dijangkakan akan memberi kesan terhadap 95,982 pemegang akaun ataupun 16.72% pengguna sahaja dan tidak melibatkan pengguna secara keseluruhan.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.