Kenal Di Media Sosial, Tiga Rakan Bergilir-Gilir Rogol Budak 12 Tahun Kena Cekup

17 Aug 2023 • 9:57 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiga orang rakan rogol budak 12 tahun secara bergilir selepas kenal di media sosial

Kenal Di Media Sosial, Tiga Rakan Bergilir-Gilir Rogol Budak 12 Tahun Kena Cekup. Terbaharu, tiga sekawan ditangkap semalam kerana disyaki merogol budak berusia 12 tahun secara bergilir-gilir dalam kejadian di sebuah rumah di Sri Gading.

Menurut laporan, ketiga-tiga suspek berusia 18 hingga 20 tahun itu didakwa melakukan perbuatan keji itu selepas berkenalan dengan mangsa melalui media sosial.

Bukan itu sahaja, salah seorang suspek didakwa sudah melakukan perbuatan jijik itu terhadap mangsa bulan lalu.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: google

Setelah ibu mangsa tahu, terus buat laporan polis

Difahamkan kejadian terbaharu berlaku pada malam Selasa lalu, sebelum ibu mangsa mengetahui perkara tersebut, lalu terus membuat laporan polis.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah menyatakan bahawa ketiga-tiga suspek ditahan di daerah Batu Pahat selepas laporan polis dibuat pada jam 3.35 pagi semalam.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber foto: bh

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

“Mahkamah Majistret Batu Pahat membenarkan ketiga-tiga suspek direman sehingga Isnin ini,” katanya dalam kenyataan, memetik sumber.

Baca juga artikel yang berkaitan: