Kenal Zul Ariffin Tapi Tidak Tunku Abdul Rahman, Apa Nak Jadi?

29 May 2024 • 11:19 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
zul ariffin

Golongan muda merupakan harapan untuk masa depan negara yang lebih baik namun ‘social experiment’ yang dilakukan ni agak membimbangkan.

Dekat TikTok, ada satu konten yang bertanyakan tentang sejarah dan tokoh negara kepada orang ramai.

Dalam video tu, individu ni tunjuk gambar pelakon Zul Ariffin dan juga Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.

Malangnya, semua kenal Sheriff (Zul Ariffin) tetapi tidak Tunku Abdul Rahman malah ada yang keliru dan menyebut nama Tun Abdul Razak pula.

Bukan itu sahaja, seorang wanita turut berkata Bapa Kemerdekaan kita itu bekerja sebagai anggota RELA.

https://www.tiktok.com/@raffisimple/video/7372909466431376648

Tapi kan, entah kenapa Ohmedia rasa macam semua yang disoal ni jawapan diorang macam dah dirancang. Sebab macam teruk sangat dan jawapan dibuat-buat. Apapun, janganlah macam ni, sejarah negara ambil lah tahu ok.

Jom kenal siapa Bapa Kemerdekaan Negara?

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (8 Februari 1903 – 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.

image is not available

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.