Kenali Ciri-Ciri Scammer Yang Tawar Kerja Sambilan Melalui Whatsapp Dan SMS

25 Jul 2022 • 2:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perlu ingat, bekerja untuk wang tidak pernah semudah itu!

Kenali Ciri-Ciri Scammer Yang Tawar Kerja Sambilan Melalui Whatsapp Dan SMS. Jika anda telah menerima mesej daripada WhatsApp yang bermula dengan “Hi dear, do you need a part time job?” dengan nombor yang tidak dikenali, jangan tertipu – ia merupakan satu scam!

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi siasatannya di Twitter untuk memberi amaran kepada semua orang supaya menyedari penipuan ini dan turut berkongsi pengalamannya berpura-pura menjadi pekerja sambilan untuk ‘agensi’ ini yang mendakwa merekrut pengiklan produk dalam talian yang menjanjikan gaji harian yang tinggi dengan hanya ‘like’ produk dalam talian.

image is not available
Kenali Ciri-Ciri Scammer Yang Tawar Kerja Sambilan Melalui Whatsapp Dan SMS

Diminta untuk ‘like’ 10 barang di Shopee

Menurut @qieghazali menerusi Twitter, beliau menerima mesej daripada nombor tidak dikenali melalui WhatsApp yang mendakwa seorang perekrut untuk pengiklan produk dalam talian.

‘Perekrut’ itu mendakwa bahawa pekerjaan tersebut menjanjikan gaji yang tinggi setiap hari (RM50 – RM500) sehari, dan mereka bekerja dengan platform e-dagang utama seperti Shopee, Lazada dan Amazon. Malah, mereka juga berjanji akan membayarnya RM3-5k gaji untuk setiap ‘like’ yang diberikan kepada produk terpilih di platform tersebut.

image is not available
Kredit foto: Twitter

Kerana ingin mengetahui modus operandi penipuan ini, @qieghazali berpura-pura berminat untuk menerima tawaran kerja tersebut.

Keesokan harinya, beliau dirujuk kepada seorang perekrut lain (yang digelar ‘Sally’), yang memintanya untuk ‘like’ 10 produk di Shopee. Pautan produk diberikan kepadanya oleh perekrut ini dan @qieghazali hanya perlu ‘like’ produk ini. Menurutnya, produk-produk terbabit adalah sah dan merupakan dari penjual rasmi di Shopee.

image is not available
Kredit foto: Twitter

image is not available
Kredit foto: Twitter

image is not available
Kredit foto: Twitter

image is not available
Kredit foto: Twitter

Dibayar RM30 untuk mendapatkan kepercayaan

Beliau kemudian berkata selepas beliau ‘like’ 10 item terbabit, beliau diserahkan kepada seorang lagi bernama ‘Lydia’. Beliau mengulas bagaimana mereka hanya passing beliau kepada orang lain tanpa memberikan butiran tentang diri mereka, yang beliau percaya adalah untuk mengelakkan pengesanan.

Menurutnya, mereka kemudian membayarnya RM30 (ke akaun bank yang tidak digunakannya yang diberikan kepada mereka sebelum ini), yang dipercayainya adalah untuk mendapatkan kepercayaannya untuk terus bekerja dengan mereka.

image is not available
Kredit foto: Twitter

image is not available
Kredit foto: Twitter

Dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp dengan peserta palsu

Selepas menerima ‘gaji’, beliau diberitahu oleh ‘Lydia’ bahawa beliau boleh memperoleh ganjaran yang lebih tinggi jika beliau membeli semula barangan dan beliau akan dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp bersama ‘peserta’ lain.

image is not available
Kredit foto: Twitter

Pada keesokan hari, beliau dimasukkan dalam sebuah kumpulan WhatsApp yang dinamakan ‘B5558’ bersama 13 peserta lain.

Katanya, kumpulan WhatsApp terbabit mempunyai 2 admin dan mereka tidak pernah menghantar mesej dalam group tersebut.

image is not available
Kredit foto: Twitter

image is not available
Kredit foto: Twitter

Mereka segera diberikan dua tugasan iaitu ‘like’ 1 item dalam masa 20 minit untuk setiap tugasan. Mereka kemudiannya dikehendaki menghantar screenshot ‘like’ mereka kepada kumpulan itu sebagai bukti.

Namun, @qieghazali menyedari bahawa pada tugasan kedua, ahli kumpulan lain seolah-olah menghantar screenshot lama tugasan sebelum ini kerana bilangan barangan yang dijual untuk produk tersebut tidak sepadan dengannya.

image is not available
Screenshot @qieghazali yang menunjukkan 535 bilangan produk dijual. Kredit foto: Twitter

image is not available
Screenshot peserta lain, yang menunjukkan bilangan yang kurang. Kredit foto: Twitter

Beliau juga menyedari screeenshot daripada semua peserta lain tidak menunjukkan masa, malah satu daripada screenshot itu secara tidak sengaja menunjukkan talian kad sel dari Kemboja. Beliau kemudian menyedari semua peserta lain dalam kumpulan itu juga peserta palsu.

@qieghazali terus menyimpan semua nombor daripada kumpulan untuk menyiasat setiap daripada mereka dan beliau mendapati bahawa semua nombor yang disimpan adalah nombor WhatsApp Business, termasuk mereka yang tidak pernah membalas dalam kumpulan.

image is not available
Kredit foto: Twitter

image is not available
Kredit foto: Twitter

image is not available
Kredit foto: Twitter

Diminta untuk membeli semula barang untuk dibayar balik ‘untung’

Seperti yang disyak oleh beliau, beliau kemudian diminta untuk membeli semula produk untuk mendapatkan ganjaran besar seperti yang diberitahu oleh ‘Lydia’ sebelum ini.

image is not available
Kredit foto: Twitter

Menurutnya, mereka hanya diminta untuk transfer duit kepada mana-mana merchant yang disenaraikan. Pendek kata, mereka tidak dikehendaki untuk membeli produk terbabit tetapi hanya untuk transfer duit sahaja.

image is not available
Kredit foto: Twitter

@qieghazali tidak menjawab dalam kumpulan selama dua hari dan beliau menyedari bahawa peserta kumpulan hanyalah bot kerana mereka menggunakan chat templat yang sama selama dua hari terbabit. Beliau akhirnya dibuang daripada kumpulan itu.

image is not available
Kredit foto: Twitter

Modus operandi: mendapatkan kepercayaan sebelum scam

Nampaknya, penipuan ini telah berjaya menipu orang lain kerana mereka percaya ia adalah pekerjaan yang sah. Untuk rujukan anda, @qieghazali berkongsi ringkasan modus operandi penipuan ini.

image is not available
Kredit foto: Twitter

Hati-hati jika anda menerima mesej dari nombor yang tidak dikenali menawarkan pekerjaan sambilan yang menjanjikan gaji lumayan. Ingat, jika ia terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, kemungkinan besar ia adalah satu penipuan!

Ketahui jenis scam yang lain: