
Biodata dan fakta menarik tentang Dayang Anisha Rosnah Adam
Kenali Dayang Anisha, Isteri Putera Brunei Pengiran Muda Abdul Mateen. Tidak lama lagi, putera kesayangan ramai, Putera Brunei Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah akan melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam.
Berita itu disambut baik oleh seluruh rakyat dan juga netizen yang tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah kepada pasangan diraja ini.
Memiliki paras rupa yang tampan dan bertubuh sasa, sudah pasti anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz ini menjadi tumpuan ramai.
Apatah lagi tentang identiti wanita yang akan menjadi surihati Putera idaman ramai wanita ini. Jadi, kami akan kongsikan biodata atau beberapa fakta menarik mengenai wanita cantik bernama Dayang Anisha Rosnah Adam.
Biodata:
Nama penuh: Dayang Anisha Rosnah binti Adam
Nama terkenal: Dayang Anisha, Anisha Isa-Kalebic
Umur: 30 tahun
Tahun lahir: 1994
Pendidikan: Berkelulusan dari University of Bath, England
Pekerjaan: Usahawan
Fakta Menarik Dayang Anisha:
1. Cucu golongan pembesar diraja

Dayang Anisha atau dikenali juga sebagai Anisha Isa Kalebic bukanlah orang biasa. Beliau adalah cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa, yang amat berpengaruh di negara itu.
Selain itu, datuknya pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan Brunei, antaranya sebagai Timbalan Peguam Negara pada 1968 dan Timbalan Menteri Besar pada 1970. Beliau juga merupakan pengasas Syarikat Penerbangan Royal Brunei.
Menariknya, Pehin Datuk Isa juga mempunyai seorang datuk sebelah bapa yang berasal dari Brunei, iaitu Tengku Mohamed Jaafar bin Tengku Mohamad Saad, sebelum keluarganya berhijrah ke sana pada sekitar abad ke-20.
Sementara itu, bapa kepada Isa iaitu Awang Ibrahim, pernah menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri pertama Brunei dari 1959 hingga 1961.
2. Mempunyai dua perniagaan

Memandangkan latar belakang keluarganya yang berjaya, tidak menghairankan apabila Anisha yang kini berusia 30 tahun juga merupakan seorang usahawan yang berjaya.
Graduan universiti terkenal di England ini dilaporkan memiliki perniagaan fesyen pakaian yang dikenali sebagai Silk Collective dan juga memiliki perniagaan pelancongan bersama rakan baiknya yang diberi nama Authentirary.
Selain itu, Anisha juga mempunyai hobi memasak. Anda boleh melihat sendiri akaun Instagram @anishaskitchen yang dibuat khusus untuk berkongsi hidangan yang dimasaknya.
Bukan sahaja memasak, Anisha juga mengamalkan gaya hidup sihat dengan rutin bersenam.
3. Abangnya rakan baik Putera Mateen
Jika anda ingin tahu, Anisha mempunyai seorang abang yang turut menjadi kegilaan ramai wanita iaitu Daniel Isa Kalebic. Bukan itu sahaja, Daniel juga merupakan rakan baik kepada Putera Mateen.
Melalui perkongsian di media sosial, Daniel dan isterinya Janetira Attaskulchai sering meluangkan masa bersama-sama dengan Putera Mateen dan Anisha. Kedua-dua sahabat karib ini juga dikatakan berkongsi minat yang sama dan kerap bermain bola sepak dan sukan polo bersama.
Difahamkan, mereka sebenarnya telah berkawan sejak kecil lagi. Jika tidak percaya, anda boleh melihat sendiri gambar Daniel dan Putera Mateen semasa mereka masih kecil.

Dalam pada itu, ada juga spekulasi menyatakan bahawa Dayang Anisha adalah sepupu jauh kepada Putera Mateen, yang membuat dia kenal Putera Mateen sejak kecil lagi, termasuk keakraban yang terjalin di antara kedua keluarga.
Namun, gosip mengenai hubungan romantis Putera Mateen dengan Dayang Anisha mula tersebar pada tahun 2018 dan keintiman tersebut semakin terang pada 2022 ketika mereka kerap berdua.
Untuk makluman, istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024.


