
Kenali secara ringkas Hisyam Samsudin
Kenali Hisyam Samsudin, Anak Sabah Jadi Boxer Malaysia Pertama Raih Kemenangan Diperingkat Antarabangsa. Berasal dari Tawau Sabah, Hisyam Samsudin merupakan salah seorang atlet senibela diri campuran (MMA) terkemuka negara yang telah berjaya membawa nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Pada tahun 2016, Hisyam telah berjaya memperoleh gelaran juara light heavyweight World Boxing Federation (WBF) di Singapura dengan menumpaskan lawanya dengan TKO di pusingan pertama.

Perlawanan penuh bermakna Hisyam Samsudin
Perlawanan ini juga amat bermakna buat dirinya kerana sehari sebelum perlawanan berikut, Hisyam ditimpa berita malang di mana bapanya telah meninggal dunia.
Oleh itu Hisyam telah mendedikasikan kemenangannya pada hari berkenaan terhadap bapanya membuatkan ramai berasa terharu dan sebak.
Sunguh membei inspirasi, ketika di alam persekolahan Hisyam pernah mengalami masalah obesiti dengan berat mencecah 100 kilogram.

Mula menceburi bidang seni mempertahankan diri
Namun perkara tersebut berubah apabila Hisyam mula menceburi bidang seni mempertahankan diri. Di situlah Hisyam akhirnya bertemu dengan petarung veteran, AJ Lias Mansor dan kemudiannya menjadi anak didik beliau.
Diberi nama gelaran Zephyrus, Hisyam Samsudin juga pernah bertanding di kejohanan ONE Silat, dan merupakan rakyat Malaysia pertama yang meraih gelaran juara light heavyweight World Boxing Federation (WBF).
Kini Hisyam Samsudin merupakan pengasas EWAKO MMA Martial Arts Training Gym di mana beliau mengajar anak-anak muda dalam seni mempertahankan diri ini.
Apapun teruskan memberi inspirasi terhadap anak muda kita dan semoga terus maju jaya diucapkan kepada Hisyam Samsudin!

