Kenali Jombola, Gabungan Sukan Badminton, Tenis Dan Pingpong Yang Menyeronokkan

22 Jul 2022 • 4:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sukan baharu yang berasaskan raket dimain di gelanggang badminton

Kenali Jombola, Gabungan Sukan Badminton, Tenis Dan Pingpong Yang Menyeronokkan. Mungkin ramai dalam kalangan kita masih belum kenal dengan sukan yang satu ini.

Sukan baharu yang berasaskan raket dan hampir mirip cara permainannya gabungan sukan badminton, tennis dan ping-pong ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2006 dan berkembang luas di India, Indonesia, Cambodia, Korea Selatan dan Thailand.

image is not available
Kenali Jombola, Gabungan Sukan Badminton, Tenis Dan Pingpong Yang Menyeronokkan. Sumber: TheStar

Jombola turut mendapat sambutan di peringkat universiti, kelab korporat dan telah berkembang pesat dalam komuniti sukan Malaysia.

Jombola, sukan raket yang dimainkan di gelanggang badminton

Jombola atau dikenali sebagai skooball adalah sukan raket terbaharu dan ia dimainkan di gelanggang badminton dengan menggunakan raket Jombola dan bola foam gred tinggi.

Semestinya, sukan ini amat sesuai dimainkan untuk semua peringkat umur bermula dari kanak-kanak hingga ke warga emas kerana gaya permainan yang santai dan chill.

Lebih menarik, jombola adalah sukan dalaman (indoor) dan luar (outdoor) boleh dimain di mana-mana gelanggang badminton yang tersedia serta di taman permainan.

Jom lihat bagaimana sukan Jombola dimainkan

Sumber: Youtube jombolainternational

Peralatan Sukan

Peralatan untuk sukan jombola ini amatlah murah dan mampu milik. Jom kita lihat apakah alatan yang digunakan untuk main jombola ini.

1. Bola Jombola

image is not available
Sumber: jombola.com

Bola Jombola diperbuat daripada foam gred tinggi dan tahan lama. Dijual pada harga RM16 sebiji.

2. Raket Jombola

image is not available
Sumber: jombola.com

Raket Jombola dihasilkan daripada sekeping papan yang tebal dan berkualiti dan mirip seperti raket ping-pong. Boleh didapati pada harga RM99.

Gelanggang Jombola

Selain daripada ketinggian jaring, keluasan laintai gelanggang adalah sama dengan gelanggang badminton. Berukuruan segi empat tepat dan dibahagikan kepada dua bahagian. Namun, peraturan jombola hanya membenarkan untuk bermain secara perseorangan dan bukan beregu.

image is not available
Sumber: Youtube jombolainternational

Peraturan Jombola

Jombola memainkan markah 15 mata dan menggunakan pemarkahan sistem rally. Mata akan diberikan kepada pemain yang memenangi rally. Pemain mengambil kedudukan di sisi bertentangan yang dibahagikan oleh jaring. Pihak lawan yang gagal mengembalikan bola ke bahagian gelanggang yang bertentangan dikira kalah.

image is not available
Sumber: suarasarawak

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Jombola Negeri Sarawak, Kennedy Chua Pai Ugon berkata pihaknya telah menganjurkan karnival serta klinik mengenai pendedahan awal sukan Jombola di beberapa bandar-bandar utama di Sarawak.

Beliau berhasrat melalui pendekatan itu, Sarawak akan menjadi negeri kuasa sukan Jombola tersohor suatu hari kelak.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk belajar dan menyertai klinik Jombola boleh hubungi mereka di laman sesawang jombola.com/contact/.

Baca juga aktiviti sukan lasak yang boleh anda lakukan di Sarawak (malah menontonnya!):